Monday, January 31, 2011

BN JANGAN LEKA MENANG DI TENANG.

Pimpinan BN disegenap peringkat jangan leka dan syok dengan kemenangan BN di PRK Dun Tenang, sebaliknya jadikan itu sebagai dorongan untuk terus berkerja kuat untuk masyarakat, pengundi sudah kembali yakin kepada BN kerana BN bantu masyarakat, ini lah faktor yang menbuatkan pengundi undi BN di Dun Tenang, BN kena teruskan bela rakyat, agar kesejahteraan rakyat terus terbela.

UTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT.

Pemimpin disegenap peringkat sewajarnya lebeh mengutamakan kebajikan rakyat dan kebajikan diri dan kroni, masalah rakyat seperti kemudahan asas, keperluan kehidupan, bidang kerja dan pendidikan harus diberi keutamaan oleh pemimpin, ini lah yang diperlukan oleh masyarakat, seandainya pemimpin BN mampu laksanakan keperluan masyarakat, pastinya rakyat akan menyokong dan menberi mandat kepada BN untuk terus memimpin negara, rakyat tagih dan dahagakan kebajikan, pemimpin jangan syok sendiri, buat kerja dan nilai diri.

SIAPA CALUN PARLIMEN INDERA MAHKOTA.

Rata-rata yang ditemui sedang berteka teki tentang siapakah calun Parlimen Indera Mahkota, rata-rata yang ditemui berpendapat kesemua AJK UMNO Bahagian Indera Mahkota tidak layak untuk jadi calun bagi parlimen Indera Mahkota, mereka berpendapat AJK UMNO Bahagian Indera Mahkota sombong, berlagak dan tidak punyai kradibiliti untuk jadi wakil rakyat, pereka berpendapat seandainya AJK UMNO Bahagian yang dipilih, pastinya BN akan temui kegaga;an untuk menang dalam pilihanraya, lantaran itu pucuk pimpinan harus berhati-hati dan telus dalam membuat pilihan calun, calun yang berseh dan mesra rakyat aman di tagihkan oleh pengundi di parlimen Indera Mahkota.

PKR DI AMBANG KEHANCURAN.

Benar kata sesetengah orang keujudan PKR cuma sementara, sama seperti keujudan Semangat 46, PKR diujudkan cuma untuk menbela Anwar Ibrahim, tapi itu dulu kerana rakyat tidak mengetahui siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, kini setelah segala tembelang beliau telah terbongkar maka rakyat mula muai dan muntah dengan sandiwara Anwar serta kroni-kroni nya, Anwar sebenarnya bukan berjuang untuk rakyat tapi berjuang untuk membebaskan diri dari salahlaku beliau, Anwar cuba mengheret masyarakat kekancah kemelut peribadi beliau, beliau mahu bebaskan diri dengan memperalatkan masayarakat, tapi usaha nya kini telah temui jalan buntu dan akan kecundang dalam PRU ke 13 nanti.

PENGUNDI TOLAK PEMBANGKANG.

PRK DUN Tenang bukti pengundi sudah muak dengan pembangkang, jelas lah bahawa pemnabgkang kini diambang keruntuhan dan kemusnahan, punca utama pengundi menolak PAS kerana PAS telah mengadakan hubungan dengan DAP, pengundi mula tidak yakin dengan PAS setelah kenyataan pemimpin PAS tidak pernah konsisten terutamanya tuan guru nik aziz, PR akan mengalami penderitaan yang ketara di dlam PRU ke 13 nanti, keangkuhan nik aziz telah menjejaskan keyakinan pengundi terhadap perjuangan PAS, bagi mereka perjuangan PAS telah menyimpang dari landasan yang sebenar, Islam yang diperjuangkan oleh PAS telah dipersendakan oleh nik aziz, pengundi sudah semakin matang dan tidak lagi mempercayai perjuangan PAS, nik aziz cuma laku di kelantan tapi tidak di tempat lain, tahniah pengundi di Dun Tenang kerana menolak perjuangan pembangkang.

Thursday, January 27, 2011

.BN MASIH DI YAKINI PENGUNDI.

Masyarakat terutamanya pengundi masih lagi menyakini BN. walau sehebat mana pun BN di herdik pembangkang, namun pengundi masih percaya BN adalah kerajaan yang terbaik untuk memerintah negara, BN telah menbuktikan kepimpinan mereka telah berjaya memacu kejayaan negara dari masa ke semasa, lantaran itu keyakinan pengundi tetap berpehak kepada BN, BN pasti akan peroleh 2/3 mejoriti dalam PRU ke 13 nanti.

HALA TUJU PENGUNDI MUDA.

Pengundi muda sekarang tidak seperti pengundi muda dahulu, mereka sudah terdedah dengan perbagai maklumat dan infomasi, dik kerana maklumat dan infornasi yang mereka peroleh melalui media elektronik, maka mereka telah hilang hala tuju sebenar dalam perjuangan, mereka sudah lupa sejarah dan mereka seolah-olah tidak tahu sejarah, mereka lupa jerik payah nenek moyang mereka berjuang membebaskan negara dari penjajah, semata-mata untuk bagi kesenangan kepada anak cucu mereka, anak muda kini terlalu ikut emosi dan kata-kata dusta pembangkang, wahai anak muda malaysia, berfikirlah secara matang untuk menentukan hala tuju perjuangan anda, jangan tersalah pilih, pilih tebu akahirnya dapat teberau.

BERSATU DEDAH ISU ANWAR, AZIZAH DAN AZMIN.

Adalah disarankan kepada mereka yang tahu tentang isu-isu anwar, azizah dan azmin, agar bersatu dalam satu pentas menbongkar segala isu 3 individu tersebut, mereka yang tahu hal-hal berkaitan dengan anwar, azizah dan azmin wajar berbuat demikian, kerana rakyat sering diperbodohkan oleh anwar, azizah dan azmin, mereka yang tahu jangan lah bertangguh lagi, berpakatlah untuk mendedahkan isu mereka itu, mereka yang tahu perlulah bagi tahu orang ramai, jangan nak main lawa lagi, cakap tahu tapi tak mahu dedah, jangan main politik lah.

PERBANYAKKAN PROGRAM BN.

Komponen BN wajar perbanyakkan program bersama dalam melakukan tranfomasi politik, ini amat penting kerana masyarakat berbilang kaum perlu bersatu dalam ertikata 1 malaysia, perpaduan kaum lebeh penting dalam menjana perpaduan yang lebeh mantap, sikap mengadakan program secara syok sendiri perlulah dihapuskan dari jiwa pemimpin komponen BN, dengan adanya penyatuan program maka kita dapat melihat komponen mana yang lebeh berkesan dalam menghimpunkan kaum nya.

Wednesday, January 26, 2011

KERAJAAN DI MINTA JANGAN HAPUSKAN NOVEL INTERLOK.

Novel Interlok telah dipolitikkan oleh mereka yang berkepentingan politik, ini tidak wajar dilakukan kerana tidak menguntungkan sesiapa, malah ianya akan merugikan banyak pehak, justeru itu kerajaan jangan tunduk dengan desakkan meraka yang berkepentingan ini, novel tersebut telah digarap dengan penuh pengajaran dan tatasusila bangsa, jangan lah sengaja nak cari pablisiti murahan dengan mempolitikkan novel tersebut, kepada mereka yang suka megeruhkan suasana diharap muhasabah diri dan jadilah orang yang berpandangan jauh, jangan jadi mereka yang berpandangan sempit.

TAKLIMAT DAN DAILOG PDRM DAN MPK DENGAN PENDUDUK.

Pada 25 januari 2011 jam 9.00 malam dan bertempat di tapak pasar malam taman impianku, UMNO Bahagian telah mengadakan program taklimat dan dailog diantara penduduk dengan pehak PDRM dan MPK, PDRM diwakili oleh SUPT Zulkifli Taha timbalan ketua polis kuantan, mana kala Encik Sobri setiausaha MPK mewakili MPK, turut hadir Dato Mohd Hazmi Yusof ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, seramai lebeh kurang 300 orang wakil penduduk hadir majlis tersebut, diantara perkara yang dibangkitkan oleh penduduk ialah, masalah harga sewa gerai MPK ditaman impianku, peserta mohon kadar sewa yang dikenakan sebanyak RM250 dikurangkan kepada RM150, alasan yang di berikan kerana gerai yang disediakan kecil dan tidak ramai pengunjung, walaubagaimana pun Encik Sobri setiausaha MPK telah menaklumkan bahawa pehak MPK telah bersetuju menurunkan kadar sewa dari RM250 kepada RM200, walau bagaimana pun peserta masih tidak bersetuju dan merayu kadar sewa di kurangkan kepada RM150, pehak MPK akan mengkaji semula permintaan tersebut, majlis berjalan lancar dan berakhir jam 11 malam.

Monday, January 24, 2011

PERKUKUHKAN PERPADUAN MELAYU.

Melayu kini telah berpecah empat, mungkin akan berpecah lagi, apa sebenarnya yang melayu nak? kepada melayu mesti berpecah? adakah kerana kuasa, harta dan tahta? apakah kerana semua iti melayu sangguh gadai maruah bangsa mereka? sedarlah wahai melayu janganlah hanya kerana kuasa kita tergamak mengadai bangsa, bangsa melayu dihina oleh orang melayu sendiri, kita marah jika bangsa lain hina bangsa kita, tapi kenapa bangsa kita sendiri yang hina bangsa kita? LU PIKIR LAH SENDIRI WAHAI MELAYU.

SELALU BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN.

Menteri Kesihatan menyarankan semua wakil rakyat selalu buat pemerikasaan kesihatan untuk tentukan tahap kesihatan mereka stabil atau sebaliknya, ini bukan sahaja untuk diri malah sesaorang wakil rakyat seharusnya berada ditahap cergas kerana tugas mereka memerlukan kesihatan yang baik, cadangan ini amatlah disokong dan diharapkan wakil rakyat ambil perhatian serius.

TPM SARAN JANGAN POLOTIK ISU INTERLOK.

TPM minta semua kaum tidak mempolitikkan isu novel interlok, jangan bangkitkan isu perkauman kerana ianya boleh memecah belahkan perpaduan kaum yang telah sekian lama terjalin, saranan dan gesaan TPM wajar dihormati oleh semua kaum, jangan politikkan lagi isu tersebut, kepada masyarakat kaum india dan para pemimpinnya diharap hormati saranan TPM.

Sunday, January 23, 2011

AMALKAN BUDAYA HIDUP SIHAT.

Rakyat Malaysia disarankan agar mengamalkan budaya hidup sihat dari segi pergaulan dan kemasyarakatan, sikap menuding jari menyalahkan orang lain adalah amalan yang boleh mengundang permusuhan, budaya ganas dan perkauman boleh memecahkan perpaduan dan keharmonian kaum, apa bila masyarakat berpecah pastinya kemakmuran sukar untuk dicapai, negara akan jadi mundur dan kemakmuran akan musnah, sudah tentu kita tidak mahu negara kita mundur dan rakyat berpecah, kepada pehak berkuasa anda diharap dapat tangani masalah ini dengan baik, kepada seluruh rakyat malaysia, marilah kita jadi rakyat yang berguna serta berfikiran matang dan resonal, jangan jadi orang suruhan atau barua kepada kelompok yang gila kuasa.

JANGAN SENTUH SENSITIVITI AGAMA DAN KAUM.

Semua kaum diminta agar tidak menyentuh sensitiviti agama dan kaum lain, ini boleh mengugat kesetabilan dan keharmonian kaum yang telah terjalin, ianya juga boleh mengundang padah jika tidak dibendung, amalkan, semua kaum dimalaysia jangan nak tunjuk ego masing-masing, sewajarnya semua kaum megamalkan cara hidup sihat, hormat menghormati dan bantu membantu, Malaysia sebauh negara yang aman dan jangan cuba cetuskan sengketa dibumi Malaysia.

KENAPA SEBAHAGIAN KAUM INDIA MASEH SOKONG PKR.

Maseh ada lagi kaum india yang menyokong PKR, sedangkan salah seorang ahli PKR dari kaum india digelar PARIAH oleh salah seorang peminpin kanan PKR, kenapa kaum india tidak mendecak peminpin kanan PKR tersebut diambil tindakkan? kenapa alihkan novel interlok jadi mangsa, pikirlah wahai kaum india jangan berselindung kerana politik.

ISU NOVEL INTERLOK.

Kerajaan disarankan agar tangani isu novel interlok dengan penuh berhemah dan bermaruah, jangan kerana desakan segelintir masyarakat india kerajaan terpaksa megalah, golongan yang mempesoalkan isu novel ini adalah mereka yang tidak mengenang budi kerajaan Malaysia, mereka adalah golongan yang buta sejarah, di harapkan pehak kerajaan jangan layan desakan bodoh golongan ini.

TAHNIAH DATO LEE CHONG WEI PEROLEH GELARAN KE 7.

Dato Lee Chong Wei telah memenangi kejohanan terbuka Malaysia 2011 buat kali yang ke 7 bagi dirinya dengan mengalahkan taufik hidayat 21-8, 21-17, kemenangan beliau lebeh bermakna kerana disaksikan ribuan penyokong distadium putra bukit jalil 23 jan 2011, tahniah tahniah tahniah buat Dato Lee Chong Wei.

Thursday, January 20, 2011

PEMBANGKANG HAMPIR KECUNDANG.

Pakatan pembangkang kini telah ketandusan isu dan sudah hampir kecundang, mereka sudah hilang hala tuju dalam perjuangan, isu peribadi anwar ibrahim amat menekan kewibawaan mereka, mereka sudah hilang pengaruh termasuk dari kalangan penyokong mereka yang dan ramai keluar parti, adalah diyakini semakin hari semakin ramailah penyokong mereka akan keluar parti, akhirnya pembangkang kecundang ditepian gelanggang.

GAGASAN 1 MALAYSIA UNTUK SEMUA.

Gagasan 1 malaysia yang diilham cipta oleh YAB Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia, bukan cuma untuk satu golongan masyarakat, ianya untuk seluruh dan segenap lapisan masyarakat malaysia, gagasan ini bertujuan dan bermatlamat menjunjung keharmonian kaum berlandaskan perlembagaan dan rukun negara, tidak golongan masarakat yang akan terpinggir dalam gagasan 1 malaysia, untuk itu rakyat malaysia jangan mudah terpedaya dangan dakyah dari pembangkang yang memutar belitkan konsep 1 malaysia, pembangkang cuma nakkan sokongan walhal mereka tiada kemampuan dalam melaksanakan pembangunan, lihat negeri yang diperintah mereka, apa mereka buat dan bagaimana jika kerajaan pusat tidak membantu negeri ditadbir mereka? pembangkang cuma pandai bermain kata sahaja tapi tidak upaya laksana kan kata-kata mereka, yang mereka tahu buat fitnah dan dakyah, hak kerajaan buat semuanya tak betul bagi mereka, tapi bila dapat sesuatu dari kerajaan mereka tak pernah puji kerajaan, malah mereka diam dan pulun.

ILMUAN ISLAM MALAYSIA WAJAR BINCANG ISU AGAMA.

Adalah disarankan agar ilmuan islam malaysia duduk semeja dan berbincang secara formal berkaitan dengan isu-isu agama yang dipermainkan oleh sebahagian masyarakat, adalah tidak wajar para ilmuan islam hanya mendiam diri dikala agama islam dipersenda oleh sebahagian angota masyarakat terutama mereka yang bukan beragama islam, anda lah golongan yang boleh membentuk masyarakat yang dangkal tentang islam agar lebeh faham tentang islam, jangan dan terantuk baru nak tegadah.

AL FATIHAH BUAT ADUN MERLIMAU.

Ahli Dewan Undangan Merlimau Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan 54 tahun telah kembali ke rahmatullah di hospital pakar putra semalam, beliau adalah pengerusi jawatankuasa pembangunan desa dan pertanian negeri, telah berkhidmat selama sebagai adun merlimau selama 2 penggal, pemergian beliau ke rahmatullah satu kehilangan kepada negeri melaka khasnya dan kepada negara amnya, bersamalah kita berdoa kehadrat Allah SWT muga rohnya ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan bertakwa, kepada kaum keluarganya diharapkan tabah menghadapi ujian Allah.

Wednesday, January 19, 2011

TPM MAHU BN TEBUS BALIK MAJORITI 5000

TPM mahu jentera BN menebus kembali majoriti 5000 yang pernah dimenangi tahun 2004, jentera BN harus lipat gandakan kerja bagi mencapai hasrat tersebut pada PRK Dun Tenang kali ini, ini tidak musatahil boleh tercapai seandainya segenap jentera bekerja secara berpasukkan, tambahan pula BN telah meletakkan calun yang berwibawa dan disenangi rakyat.

CALUN BN PRK DUN TENANG.

BN telah meletakkan calun yang tepat di PRK Dun Tenang, calun lelaki maseh muda dan berpegalaman luas dalam pentadbiran, ini membuktikan bahawa kepimpinan BN peka dengan kehendak masyarakat akar umbi, pastinya BN akan dapat kemenangan mudah dan mejoriti besar apabila calun yang dipilih berdasarkan kehendak mejoriti masyarakat setempat, kerja jentera BN akan jadi lebeh mudah untuk gapai kemenangan.

Tuesday, January 18, 2011

KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN.

Langkah adalah kehidupan, andai kita tersilap langkah, kembalilah mengatur langkah yang lebeh berhemah untuk menuju kehidupan yang lebeh bermaruah, ingatlah kita cuma menumpang dibumi ALLAH, bila sampai saat dan ketikanya kita akan di jemput ALLAH, akan bersemadilah kita dibumi merkah menanti sekujur tubuh kaku yang lemah, justeru itu kepada mereka yang belum insaf, ayuh segeralah bermuhasabah dan kembalilah memohon keampunan ALLAH, hentikanlah fitnah dan dakyah untuk mendapat keredaan ALLAH, agar agama mu terus megah dan bangsa mu terus bermaruah, ayuhlah wahai anwar, ajak dan pujuklah anak buah, kembalilah mendapatkan keredaan ALLAH, sebelum kita bergelar arwah.

SEGALANYA TELAH BERAKHIR.

Impian dan harapan pakatan rakyat untuk memerintah Negara telah berakhir, bila mana segala sendiwara pepimpin pakatan pembangkar semakin hari semakin terbongkar, banyak ahli PKR telah keluar parti dan menyertai UMNO, semuanya gara-gara mereka telah hilang keyakinan kepada kepimpinan pehak pembangkang terutamanya kepimpinan Anwar Ibrahim, keyakinan rakyat tambah berkurangan kepada pakatan pembangkang akan dilakarkan dikertas undi menjelang PRU ke 13, lantaran itu pehak UMNO dan BN sewajarnya mempastikan calun-calun yang akan dipilih menjadi calun PRU ke 13, hendaklah mereka yang disenangi masyarakat, buat penilaian secara memyeluruh terhadap calun yang nak di calunkan, pandangan akar umbi harus diambil kira kerana merekalah penentu kemenangan BN, kepimpinan BN wajar jadikan PRU ke 12 sebagai pengajaran untuk mengapai kemenangan, penilaian terhadap calun mesti dibuat dari perbagai sudut, ingat rakyat mahukan pemipin yang boleh berkerja bukan pemimpin yang pintar berpura dan bersenda.

CALUN PAS BAGI PRK TENANG PERSENDA WANITA.

Wanita adalah calun PAS bagi PRK Dun Tenang, wanita PAS amat genbira dan teruja dengan peluang ini, sebenarnya PAS secara halus telah mempersenda golongan wanita PAS bila meletakkan calun wanita di kawasan kubu kuat BN, dalam erti kata lain PAS tidak perlukan wanita jadi pemimpin, diletakkan dikawasan yang dah pasti kalah, disamping melupuskan dakwaan PAS mendiskrimenasikan golongan wanita jadi wakil rakyat, maka diletakkan calun wanita bertanding dikawasan kubu kuan BN.

AJAKKAN DEBAT KALI KE 2 ANWAR UNTUK PM.

Anwar Ibrahim telah menghantar surat kali ke 2 buat PM untuk berdebat berkaitan ekonomi, bersungguh Anwar nak berdebat dengan PM, macamlah dia tu pakar sangat tentang ekonomi, sedangkan negeri yang diperintah pembangkang pun tak dapat ditakbir urus dengan baik oleh beliau, bayangkan jika kerajaan pusat tidak bantu negeri-negeri yang diperintah pembangkang, apa akan jadi? takkan itu pun nak bagi tahu kot, tak payahlah nak berdebat buang masa je, disarankan anwar ibrahim selalulah tengok cermin dan cerminlah diri tu dulu je, kalau dan kenal diri maka perbaikilah diri sendiri sebelum perbaiki orang lain.

Monday, January 17, 2011

CARUMAN PEKERJA DI NAIKKAN KEPADA 11%.

Langkah bijak yang diambil kerajaan untuk masa depan pekerja, caruman dibuat bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri, ianya amat dialukan dan pehak kerajaan juga wajar menaikkan caruman kerajaan untuk pekerja, jika ini dapat dilaksanakan oleh pehak kerajaan maka pekerja akan dapat caruman yang lebeh besar untuk masa tua mereka.

PERTEMUAN PEMIMPIN AGAMA..

Nik Aziz telah mencadangkan agar diadakan pertemuan pemimpin agama bagi membincangkan isu judi, arak, zina dan pergaulan bebas, cadangan ini amat baik dan sewajarnya segera diadakan untuk meleraikan permasalahan yang semakin berleluasa dikalangan masyarakat, segera adakan dan jangan tangguh perkara yang baik ini.

KJ TAK PERLU LAYAN CADANGAN PKR PAHANG..

PKR Pahang mencadangkan orang asli lawan KJ debat isu ekonomi bagi menyahut cabaran KJ berdebat dengan anwar, ini adalah bukti bahawa PKR ketandusan pemimpin hingga meletakkan orang asli ganti anwar lawan KJ, walau bagaimana pun KJ tidak perlu melayan pelawaan ini, KJ harus tumpukan kepada agenda memperkasakan pemuda untuk PRU ke 13.

Sunday, January 16, 2011

MELAYU KIAN BERPECAH.

Melayu kian berpecah, melayu yang dulu tinggi nilai-nilai murninya kini telah berpecah, perpecahan ini berpunca dari kerakusan untuk berkuasa, sehingga melayu lupa diri dan egoislistik, melayu kini mentemplak melayu, melayu kini sering berantakkan, kuasa telah menghantui fikiran melayu, melayu sudah hilang pedoman dalam persaudaraan, melayu kini sudah lupa asal usul melayu.

MEMBANGUNKAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

Seluruh rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab menbangunkan negara, ianya bukan hanya terletak dibahu pemimpin semata, sebaliknya segenap lapisan masyarakat mempunyai peranan membangunkan negara, mungkin caranya berbeza tapi matlamatnya sama, membangunkan negara adalah perjuangan yang amat dituntut, oleh itu perpaduan adalah landasan utama bagi menentukan pembangunan sesebuah negara, tampa perpaduan amat sukar untuk mencapai pembangunan, maka dengan itu seluruh rakyat malaysia tidak mengira kaum dan pegangan agama mesti kukuhkan perpaduan untuk kecapi kejayaan.

JUDI MESIN SLOT MASEH BEROPERASI DI BANDAR KUANTAN.

Amat menduka citakan saya bila maseh ada premis judi mesin slot beroperasi dibandar kuantan, diharap pehak berkuasa ambil tindakkan segera tangani masalah ini, jangan biarkan ianya terus beroperasi secara berleluasa, pehak berkuasa jangan pandang sebelah mata je ye.

PELIHARALAH PERPADUAN..

Wahai rakyat Malaysia sekelian, jika anda ingin melihat keamanan dan kemakmuran dibumi Malaysia kekal berpanjangan, ayuhlah bersatu demi Malaysia tercinta, ingatlah tampa perpaduan kita tidak akan nikmati kebahgiaan, kita harus ingat kita tak akan mampu hidup aman tampa perpaduan, dengan memelihara perpaduan pastinya kita mampu bebas mengapai sesuatu yang kita impikan, tapi bayangkan bagaimana jika negara kita bercakaran? apa akan jadi dengan kehidupan?

CABARAN DEBAT AFILDA DI TOLAK ANWAR.

Cabaran debat Ummi Afilda terhadap anwar telah ditolak anwar, penolakkan ini telah dijangka dimana anwar tidak akan berani berdebat dengan sesiapa pun tentang kes liwat beliau, tambahan pula dengan mereka yangtahu tentang kes tersebut seperti Ummi Afilda, itu lah anwar yang pintar berdolak dalih dalam isu liwat beliau, anwar bukan sahaja pintar berdolak dalih, malah beliau juga terkenal sebagai pencetus porak poranda dikalangan masyarakat, apa yang dilakukan semuanya untuk mengalih isu liwat beliau yang sedang dalam perbicaraan dan menanti hukuman setimpal, kepada mereka yang maseh taksub dengan anwar dan amat menyakini beliau agar berfikir secara matang, apakah anda perlu terus menyokong orang seperti beliau?

Thursday, January 13, 2011

KHAIRY AJAK ANUWAR BERDEBAT.

Ajakkan Khairy berdebat dengan Anwar merupakan ajakkan yang tepat dan wajar, tapi malang ajakkan Khairy tidak mendapat respon dari Anwar, Anwar takut dengan kehebatan Khairy, beliau malu dan bimbang dengan anak muda yang bernama Khairy Jamaludin, lantaran itu Anwar tidak akan berana menyahut cabaran Khairy untuk berdebat, Anwar cuma gah bila berceramah dengan seloka penipu dan pemutarbelitkan fakta dan kenyataan, ceramah mana ada soal jawab, cakap je apa yang nak dicakap, tipu je apa juga nak ditipu, tapi bila berdebat ianya perlukan fakta yang tepat, Khairy ada fakta tapi Anwar? Lu pikir lah sendiri..........

RM700 JUTA SAMAN UMMI HAFILDA.

Ummi Hafilda akan memfailkan saman RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Azizah, Karpal dan PAS berhubung dengan penyalahgunaan kuasa anwar menyebabkan beliau ditahan polis pada 1997, saman ini membuktikan bahawa Ummi Hafilda benar-benar bertanggungjawab dan menolak semua fitnah tehadapnya yang meburukkan beliau terlibat menjatuhkan anwar ibrahim, kesanggupan ummi hafilda juga jelas bahawa beliau berada dipehak yang benar, sekali lagi kita akan dipersembahkan oleh lakunan hebat dari artis terhebat negara iaitu Anwar Ibrahim, tungu.....................................

PERGI NYA SEORANG SAHABAT.

Tanggal 13 januari 2011, bersamaan hari khamis lebeh kurang jam 10.30 malam, aku dikejutkan dengan berita permergian kau sahabatku, dikala itu aku bersama saudara wan ludin sedang menguruskan penginapan anak isterimu, disalah sebuah hotel di bandar kuantan, sesampai sahaja kami diperkarangan hotel penginapan, salah seorang anak mu menaklumkan pehak hospital telah menghubunginya minta datang ke hospital dengan segera, kami terus bergegas ke hospital dan dimaklumkan kau telah kembali kerahmatullah, dikala itu seluruh tubuhku terasa kaku, sebak dadaku menahan kesedihan bila tahu kepergian kau dijemput ILLAHI, tambah sebaknya aku bila melihat anak isteri mu meratapi permergian mu, mereka kehilangan orang tersayang, sama seperti aku kehilangan seorang sahabat yang baik yang dah lama ku kenal, aku sedaya menahan kesedihan dan sedaya mungkin menteteramkan anak isteri mu agar redha dan pasrah akan ketentuan ALLAH, Alhamdullillah mereka dapat terima kada dan kadar, pemergianmu amat ku rasai kerana kau adalah seorang sahabat yang baik, sejujurnya aku telah kehilangan seorang sahabat yang baik, aku panjatkan doa kehadrat ALLAH SWT, muga roh kau ditempatkan dalam golongan orang-orang yang solleh. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Tuesday, January 11, 2011

ANWAR AJAK NAJIB DEBAT ISU EKONOMI.

najib disarankan agar tidak melayan kehendak anwar berdebat tentang isu ekonomi, apa yang dah najib laksanakan sekarang adalah kearah membena dan mengukuhkan ekonomi negara, ajakan anwar merupakan ajakkan orang tak sihat, sedangkan beliau tahu apa yang kerajaan buat sekarang, kenapa nak ajak berdebat pula, anwar wajar jaga je ekonomi selangor yang dia merupakan penasihat ekonomi selangor, tak payahlah nak tunjuk hebatlah anwar, rakyat dah tahu anda siapa.

Monday, January 10, 2011

PELIHARALAH MARUAH BANGSA..

Tidak ada yang lebeh mulia selain melihat bangsa kita berjaya dan maju, itulah hakikat yang harus kita perjuangkan, berjuang demi bangsa dan negara tercinta adalah amalan yang amat mulia disisi ALLAH SWT, bukan berjuang untuk kepentingan diri dan kelompok sendiri, itu bukan perjuang tapi petualang, janganlah jadi petualang bangsa dan negara, jauhkan diri dari menjadi pertualang.

INGATLAH WAHAI BANGSAKU

Bangsaku bangsa bermaruah dan bangsaku bangsa berhemah, janganlah cemari maruah bangsa yang berhemah, siapa lagi yang akan menjaga bangsaku selain bangsaku? tapi kenapa bangsaku kini sudah tidak bermaruah dan berhemah? bangsaku bercakaran dan berantakkan sesama sendiri, apakah bangsaku sudah terpesung akidah dalam menyelesaikan masalah? kemana hilangnya nilai murni bangsaku yang selama ini terkenal megah? apakah kerana bangsaku sudah terpengaruh dengan fitnah dan dakyah? kenapa bangsaku sanggup memfitnah dan menyebarkan dakyah, apakan kerana kuasa bangsaku sanggup gadai maruah? wahai bangsaku sedar dan insaflah, bangsa lain ketawa berdekah-dekah melihat bangsaku bertelanggah, ayuh bangaku kita bersatu mengembalikan maruah, jangan lagi kita berlengah dan jangan biarkan bangsaku musnah, ingatlah pesan orang tua-tua "bersatu kita teguh bercerai kita roboh"

HIDUP HARUS BERJASA DAN BERSYUKUR.

Langkah adalah kehidupan, andai kata kita tersilap langkah, kembalilah mengatur langkah yang lebeh berhemah untuk menuju kehidupan yang lebeh bermaruah, berusahalah untuk mendapatkan kehidupan yang lebeh mulia di sisi ALLAH, berbanyaklah melafazkan syukur kehadrat ALLAH SWT diatas segala nikmat yang telah kita miliki, sesungguhnya manusia yang banyak bersyukur akan ditambah nikmat buatnya, jangan lah jadi manusia yang kufur dan tidak bersyukur, sesungguhnya orang yang kufur dan tidak bersyukur adalah orang yang bertuankan syaitan.

BERSATULAH WAHAI BANGSAKU.

Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha, tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang pernah mengadap bahaya dengan bersatu hati, dengan bersatu hati itu sahaja akan dapat kita mengadap masa yang akan datang dengan harapan akan berjaya segala cita-cita kita.

ROKOK SELUDUP MASIH DIJUAL.

Pehak berkuasa khasnya egensi kastam sewajarnya memantau dari masa kesemasa tentang penjualan rokok seludup, rokok seludup masih dijual secara terang--terangan terutama dikawasan pasar besar kuantan, kenapa masih ada lagi penjualan ini? apa kastam buat? buat-buat lah intipan secara senyap dan ambil lah tindakan, jangan lah duk nanti orang komplin baru nak buat serbuan.

UMNO DAN BN WAJAR TINGKATKAN SOKONGAN RAKYAT.

Dalam kemelut yang melanda pakatan pembangkang sekarang, UMNO dan BN sewajarnya lipat gandakan usaha tambahkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN, perbanyakkan program untuk masyarakat dan pengundi, pemimpin UMNO dan BN harus selalu turun padang bertemu dengan masyarakat untuk kenalpasti masalah mereka, majlis-maljis penerangan secara bersemuka amat berkesan bagi memahamkan mereka tentang isu-isu yang ada, pemimpin UMNO dan BN jangan asyik syok sendiri dengan jawatan yang disandang, buat kerja dan penuh tanggungjawab, rakyat mahu lihat pemimpin mereka bekerja bukan berhayal.

PIMPINAN BAM JANGAN TUNJUK PANDAI TENTANG LATIHAN.

Pimpinan BAM jangan lah nak tunjuk pandai mengenai teknik latihan, janganlah campuri urusan jurulatih terhadap corak latihan yang ditentukan, jurulatih yang dipilih adalah profisional dan bukan jaguh kampung, BAM sewajarnya berpandangan jauh untuk memajukan sukan badminton, kepimpinan BAM sewajarnya menumpukan kepada pengurusan dan kewangan persatuan, bab-bab latihan serahkan sahaja kepada jurulatih yang telah di pilih, janganlah ada agenda lain selain memajukan sukan badminton negara, untuk maklumkan BAM Dato Misbun Sidek adalah pemain badmimton negara yang gah di era beliau, takkan itu pun pemimpin BAM nak di beri tahu juga, Dato Misbun jurulatih berwibawa lah bro, lihat sahaja pencapaian Dato lee chong wei dibawah latihan Dato Misbun, disarankan agar pimpinan BAM janganlah berlagak pandai tentang badminton, anda lihat dan tanya diri anda, adalah kah anda bekas pemain badminton? sejauh mana pencapaian anda dalam sukan ini? lu pikir lah sindiri......

Sunday, January 9, 2011

BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT ALLAH.

Wahai umat islam malaysia, tidak kah anda bersyukur dengan nikmat ALLAH yang telah anda kecapi? tidak kah anda ketahui bersyukur itu perkara mulia di sisi ALLAH? janganlah engkau kufur dengan nikmat Nya, kufur itu amalan syaitan, jangan kita terpedaya dengan hasutan syaitan, negara kita adalah tanah tumpah darah kita, jangan biarkan negara kita di jajah semula, buruk padahnya nanti, berfikir dulu sebelum bertindak, jangan bertindak dulu baru berfikir, syaitan memang kerja dia menyesatkan orang islam, syaitan dah bersumpah dengan ALLAH akan terus menyesatkan anak adam, takkan itu pun tak tahu kot, jauhilah dari hasutan syaitan dengan bersyukur kepada ALLAH SWT, ingatlah wahai melayu islam malaysia, meroboh mudah, membena tu susah, berkurun membena keamanan takkan sekelip pula nak dimusnahkan.

DUN TENANG TETAP MILIK BN.

DUN Tenang tetap jadi milik BN pada PRK kali ini, pengundi di DUN Tenang pasti nya akan terus memberi sokongan kepada BN, mereka telah tahu jasa BN di tempat mereka, mana mungkin mereka nak tukar sokongan kepada pembangkang, yang sememangnya di ketahui tidak menyumbang kepada pembangunan, sumbangan mereka cuma kepada perpecahan dan perbalahan sahaja, pengundi DUN Tenang sebenarnya dah lama muak dengan pembangkang, eloknya pembangkang tak payah bertandinglah kerusi DUN Tenang ni, pembangkang takkan menang lah.

TINGKATKAN PRESTASI KUTANGKAN KONTRAVESI.

UMNO dan BN seharusnya tingkatkan prestasi dan hapuskan kontravesi, bemaksud lebehkan kerja dan hapuskan perasangka, seandainya pemimpin UMNO dan BN dapat mengubah sikap mudah selesa, dan melaksanakan tanggungjawab mereka, yakinlah rakyat pasti menyokong UMNO dan BN, isu-isu rakyat seharusnya segera ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin, rakyat cuma mahukan hak mereka diberi keutamaan sejajar dengan gagasan 1 malaysia, rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan, pemimpin UMNO dan BN jangan mudah selesa, kerana sikap ini akan menjadikan pemimpin jadi alpa.

APAKAH BN TELAH DAPAT SOKONGAN MEJORITI RAKYAT.

BN wajar buat kajian secara menyeluruh mengenai sokongan rakyat terhadap kerajaan, amat di bimbangi sikap berpura-pura menular di kalangan masyarakat terhadap kerajaan, adakah isu kenaikan harga barang, pengangguran, penyelewengan, kesombongan dan sikap ambil mudah pemimpin atasan tidak di ambil kira oleh rakyat? bagaimana dengan sikap genarasi muda terhadap kerajaan? apakah mereka benar-benar menyakini BN? BN jangan cuma menang sorak tapi kampong tergadai, justeru itu semua mepimpin BN di segenap peringkat seharusnya berganding tenaga dalam mempastikan mayarakat berpehak kepada BN.

PENBANGKANG KETANDUSAN ISU.

Dik kerana ketandusan isu maka pehak pembangkang telah mengambil langkah menabur fitnah dan dakyah kepada pemimpin kerajaan dan BN, mereka sanggup mereka cipta apa juga fitnah dan dakyah demi memuaskan hati mereka, yang terbaru fitnah terhadap Dato Seri Rais Yatim, yang dikatakan telah merogol pembantu rumah beliau  pada tahun 2007, sedangkan jenayah tersebut tidak pernah berlaku, ini lah bukti kejahilan mereka terhadap dosa dan pahala, tidakkah mereka tahu bahawa fitnah itu lebeh teruk dari membunuh? wahai pemimpin dan penyokong pembangkang bertaubatlah sebelum terlambat, jangan dah sampai nyawa nak dicabut baru nak bertaubat, bingang tak sempat dan mati anda dalam sesat.

GOTONG ROYONG KACAU BUBUR ASURA.

UMNO bahagian Indera Mahkota Kuantan telah menganjurkan program juara rakyat mengacau bubur asura bertempat di perumahan awam kos rendah bandar baru Indera Mahkota pada 8 jan 2011, dengan kerjasama 6 umno cawangan di perumahan tersebut, program telah mendapat sambutan yang mengalakkan dikalangan masyarakat setempat, hampir 100 orang menghadiri program tersebut, program tersebut turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato Ketua Bahagian dan beberapa orang ajk bahagian, Ketua Pemuda dan beberapa orang ajk nya, malangnya tidak kelihatan kelibat ketua wanita dan ajknya, ketua puteri dan ajk nya juga tidak kelihatan, ramai dikalangan masyarakat yang menyertai gotongroyong tersebut amat kecewa dengan ketidakhadiran pemimpin wanita dan puteri bahagian, mereka menyesali sikap lepas tangan mereka terhadap program yang dianjurkan oleh bahagian.

Thursday, January 6, 2011

KENAIKAN HARGA BARANG JADI BUALAN MASYARAKAT.

Dimana juga masyarakat sering membicarakan tentang kenaikan harga barang, bagi mereka kenaikan tersebut tidak wajar, mereka amat dukacita dengan keadaan ini, mereka berharap pehak kerajaan atasi masalah ini dengan segera, kenaikan harga barang boleh menimbulkan kemarahan mereka, amat lah di bimbangi kemarahan mereka akan diluahkan sewaktu PRU ke 13, dengan mengundi pembangkang, lantaran itu adalah sangat-sangat diharapkan kerajaan dapat tangani masalah ini dengan berkesan, agar PRU ke 13 menjadi gengaman BN.

KENAPA MISBUN SIDEK LETAK JAWATAN.

Misbun sidek telah meletak jawatan sebagai jurulatih persaorang negara, kenapa dan megapa beliau meletak jawatan secara mengejut? pasti ada yang tidak kena dengan BAM, wahai kepimpinan BAM, sedarlah dan insaflah misbun tu bekas pemain negara, beliau juga seorang yang komited dengan tugas, anak didik nya telah banyak mengharumkan nama negara di persada antara bangsa, jangan lah lupa akan jasa beliau, jika tak ada angin masa kan pohon bergoyang?

MCA BUKA RUANG GOLONGAN MUDA JADI CALUN PRU KE 13.

Langkah bijak yang telah diambil oleh pimpinan MCA untuk memberi ruang dan peluang kepada golongan muda jadi calun dalam pilihanraya, apa yang penting ialah kemenangan, golongan muda juga sewajarnya di beri tempat untuk menjadi calun, golongan ini lebeh memahami aspirasi golongan muda masa kini, sikap keterbukaan pemimpin MCA ini wajar dicontohi oleh kompunan BN yang lain, bagi perluang kepada mereka bersama memajukan negara, gabungan lama dan baru akan lebeh memantapkan kepimpinan negara untuk menuju wawasan dan aspirasi negara dimasa-masa akan datang.

PKR DI AMBANG KEMUSNAHAN.

PKR sebuah parti yang mengdukung perjuangan DSAI semakin hari semakin tenat, kedudukan PKR semakin goyah, semangat juang ahli mereka semakin luntur, semua ini kerana meraka telah sedar dari kesilapan mereka yang terlalu percaya kepada pembohongan DSAI, dari hari ke hari ahli mereka telah mula sedar bahawa mereka mendukung penjuangan yang sia-sia, lantaran kesedaran itulah ramai ahli mereka telah keluar parti, mereka tidak mahu lagi bersengkongkol dengan pemimpin seperti DSAI, mereka sudah muak dan menyampah dengan birokrasi kepimpinan PKR, kini PKR di ambang kemusnahan dan kehancuran.

MUSNAH NYA SEBUAH IMPIAN.

Tertubuhnya PKR (parti keadilan rakyat) adalah berasaskan kepada membela DSAI, yang di katakan di jatuhkan melalui konpirasi politik, maka ramailah rakyat berbilang kaum bersimpati dengan DSAI, mereka amat dukacita dengan kepimpinan di waktu itu, terutama Dr Mahathir, mereka bersatu dalam satu parti yang di namakan parti keadilan rakyat atau PKR, bagi mereka DSAI adalah pemimpin yang bagus dan berwibawa, mereka mesti kembalikan DSAI sebagai pemimpin negara, mereka berusaha dan terus berusaha, hinggalah pada 2008 dimana PRU ke 12 di adakan, banyaklah calun BN yang tewas malah ada negeri yang dikuasai mereka, mereka amat gembira kerana hampir berjaya tumbangkankerajaan BN, tapi lama kelamaan tembelang pemimpin kesayangan mereka mulai pecah, ramai ahli mereka mula merasa curiga dengan pemimpin atasan mereka, mereka mula tersedar dari mimpi yang mengasyikkan, seorang demi seorang pemimpin mereka keluar parti, dan yang terbaru ramai pimimpin dan ahli parti mereka disabah telah keluar parti, tidak mustahil PKR sabah akan berkubur, asasnya mereka keluar parti adalah kerana mereka telah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pemimpin atasan mereka, kemelut PKR akan tetap berterusan berpanjangan dan akhirnya PKR cuma akan tinggal nama.

Wednesday, January 5, 2011

JANGAN JADI MELAYU DERHAKA.

Kenapa melayu kini semakin kurang ajar, hingga sanggup mengadai maruah bangsa? apakah melayu sudah tidak waras lagi? jika melayu sudah tidak hormat bangsanya sendiri, siapa lagi? dimana hilangnya budi bahasa dan budaya melayu, kita sering menasihati anak -anak muda melayu agar jadi bangsa yang bermaruah dan saling hormat menghormati, tapi kenapa kita yang tunjukkan budaya kurang ajar kepada mereka? kita akan marah jika anak muda melayu tidak hormat orang tua melayu, tapi kebelangan ini orang tua melayu yang ajar mereka jadi kurang ajar, insaflah melayu jangan jadi melayu mudah lupa, buruk akibatnya.

UMNO DAN PAS MESTI BERSATU.

UMNO dan PAS adalah parti melayu, ini lah masa dan ketikanya kedu-dua parti melayu bersatu demi kepentingan Agama Islam, bangsa melayu dan negara, perpecahan melayu kini semakin parah, mungkin akan lebeh parah dimasa-masa akan datang, apakah pemimpin UMNO dan PAS nak lihat melayu berdagang di negara sendiri baru nak bersatu? sempat ke masa tu? sanggupkah kedua-dua pemimpin melihat keadaan itu berlaku di depan mata mereka, fahaman politik seharusnya tidak dijadikan penyebab untuk UMNO dan PAS tidak boleh bersatu demi maruah Islam dan melayu, ingat lah kata orang tua-tua, jangan dan terangtuk baru nak tengadah, lewat dan tu beb.....

UMNO DAN BN WAJAR BANYAKAN PROGRAM PENERANGAN.

UMNO dan BN seharusnya perbanyakkan program penerangan tentang isu-isu semasa kepada rakyat, ini penting bagi memahamkan rakyat tentang isu semasa, kebanyakan ahli UMNO dan orang ramai maseh kabur tentang isu yang melanda negara masa kini, proram juara rakyat adalah landasan yang tepat bagi menerangankan masyarakat tentang isu-isu negara, pimpinan UMNO dan BN mesti berusaha bersungguh bagi menyakinkan rakyat tentang apa juga keputusan yang dibuat oleh kerajaan, usaha ini bukan sekadar buat tapi dibuat dengan penuh kesedaran dan keinsafan, demi kemakmuran dan keamanan negara, yakinlah jika rakyat diberi kepafahaman yang menyeluruh, pasti mereka tahu sebab musababnya kenapa dan megapa kerajaan kena laksanakan sesuatu, terutama tentang kenaikan harga barang.

PKR SEMAKIN RAPUH.

Kemelut politik PKR semakin meruncing, terbaru apa bila ramai pemimpin PKR sabah keluar parti, asas mereka keluar parti kerana mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR pusat, mereka sudah muak dan meluat dengan sandiwara pemimpin atasan PKR, ini bukti bahawa PKR semakin rapuh dan ampuh, apa pun UMNO dan BN jangan ambil mudah dengan kemelut ini, UMNO dan BN sewajarnya melipat gandakan usaha meyakinkan rakyat agar terus menyakini UMNO dan BN, pastikan rakyat diberi hak mereka dengan sewajarnya, UMNO dan BN jangan leka dengan kemelut yang melanda PKR atau pembangkang, pimpinan UMNO dan BN harus segera menyelesaikan masalah yang melanda parti, jalan sudah terbuka luas untuk UMNO dan BN di yakini rakyat.

KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN.

Kenaikan harga barang keperluan harian seperti gula, santan dan lain-lain, telah menyebabkan perbagai tuduhan dilemparkan terhadap kerajaan BN, kerajaan BN menindas rakyat, membebankan rakyat dan sebagainya, rata-rata yang ditemui marah dengan kenaikan ini, bergitu juga dengan kenaikan harga petrol, rakyat sudah mula bercerita tentang ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan, ini memungkinkan mereka mengubah sokongan kepada pembangkang pada PRU ke 13 nanti, mereka tidak boleh terima kenaikan kebanyakan barang keperluan harian, oleh hal yang demikian adalah diharapkan agar pehak kerajaan mengkaji dan mencari penyelesaian tentang kenaikan harga barang keperluan harian, jangan sampai kemarahan rakyat tidak dapat di bendung lagi, mencegah lebeh baik dari mengubat.

Tuesday, January 4, 2011

BERSEDIA KAH BN HADAPI PRU KE 13?

Rata-rata pemimpin BN membicarakan tentang PRU ke 13 akan di adakan tidak lama lagi, memang di akui PRU tetap diadakan setiap 5 tahun sekali, itu pekara yang pasti, soalnya adakah BN telah bersedia hadapi PRU ke 13? sudahkah pemimpin BN di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan bersiap siaga menjelaskan dan menjawab isu-isu semasa yang melanda negara sekarang, seperti kenaikan harga barang, rasuah, kemiskinan dan sebagainya? berpadukan keangotaan ahli parti komponan BN? bersatukah kepimpinan parti komponan BN? ini persoalan yang harus dirungkai oleh setiap kepimpinan komponan BN, jangan lah bicara semanis gula tapi di hati berantakkan segala, PRU ke 12 sewajarnya dijadikan pengajaran buat kepimpinan komponan BN, sifat berlagak, sombong, sukar di temui, mungkir janji dan pelawak maseh menular dikalangan pemimpin komponan BN, ini harus dihapuskan segera jika mimpikan kemenangan, andai perangai bodoh sombong maseh menular dikalangan pemimpin komponan BN, hentikanlah berminpi disiang hari ye, perlu di ingat pengundi sekarang melihat calun bukan parti, kiranya calun tidak di sukai mereka, mereka tidak keberatan undi pembangkang, untuk itu pilih calun yang benar-benar di sukai ramai, jangan ulangi lagi kesilapan pada PRU ke 12, pilih calun atas dasar kawan, kroni dan simpati, hentikan budaya itu jika BN nak menang, ingatlah calun memainkan peranan penting untuk gapai kemenangan.

PERLANTIKAN SUK SELANGOR DI POLITIKKAN.

Kerajaan selangor sengaja memporlitikan perlantikan SUK baru selangor, walhal mereka bukan tak tau undang-undang dan hak JPA, pemimpin mereka bukan bodoh tapi mereka buat-buat bodoh, sebenarnya mereka takut pada bayang-bayang mereka, mungkin mereka telah banyak buat salah dan melakukan penyelewengan wang kerajaan kot, jadi mereka bimbang SUK baru akan selongkar kegiatan mereka, jadi mereka akan cuba halang usaha JPA melantik SUK baru di negeri selangor, walau mereka tahu usaha mereka temui jalan buntu kerana nak dapat 2/3 sokongan ahli dewan, mereka terpaksa mohon sokongan ahli dewan undangan dari BN, takkan mungkin wakil BN nak sokong mereka, tapi tak tahu lah pulak kan? jadi kita tunggu dan lihat je lah perkembangannya nanti, untung sabut timbul, untung batu tengelam, Wallahualam.

TANGANI SEGERA ISU KEKURANGAN MINYAK MASAK.

Pehak kerajaan terutama kementerian Perdadangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan, sewajarnya segera mencari penyelesaian dalam menangani isu kekurangan minyak masak yang dihadapi kini, janganlah hanyak bercakap bekalan cukup, sedangakan ianya tidak cukup, rakyat hairan dan marah dengan isu ini, takkan tiada makanisma bagi tangani masalah ini, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, janganlah dan terantuk baru nak tergadah, selesaikan segera dan kerahkan pegawai kementerian turun padang buat kerja.

Monday, January 3, 2011

KERAJAAN SELANGOR DI HANTUI GUNDAH.

Resah dan gundah gulana sering menghantui pemimpin pembangkang kerajaan selangor, soalnya kenapa mereka sesah dan gundah gulana? takut kah mereka atau mereka sering bermimpi disiang hari? kenapa mesti takut jika mereka kata mereka kerajaan adil dan sama rata? tentu ada yang tak kena dengan kepimpinan mereka hingga mereka gelabah sedemikian rupa, yang terbaru keresahan mereka ialah apabila JPA telah melantik SUK yang baru bagi kerajaan negeri selangor (Dato Mohd Khusrin Munawi), kenapa pemimpin mereka takut sangat dengan SUK baru ni? kan itu peroses biasa JPA? kenapa pemimpin mereka gelabah segelabahnya? hebat sangat ke Dato Mohd Khusrin ni? hingga kan MB selangor begitu gelabah? bila tegok muka MB selangor yang kusut masai masa sidang media semalam, aku rasa kesian yang teramat sangat, nampak sangat beliau takut dan gementar, kesian dia kesian dia takut dengan bayang dia, walhal jika benar mereka pemimpin berwibawa mereka akan terima siapa saja berkhidmat di negeri mereka, ini tentu ada sesuatu yang digeruni dan takuti akan terbongkar kot, apa pun pemimpin selangor terutamanya MB nya, harus terima kenyataan yang Dato Mohd Khusrin dilantik oleh JPA atau jabatan perkhidmatan awam agensi penyelarasan penenpatan pekerja sektor kerajaan, jangan marah ye bro

Sunday, January 2, 2011

JAIP WAJIB KEKANG UMAT ISLAM MINUM ARAK.

Jabatan Agama Islam Pahang WAJIB kekang umat Islam minum arak dengan membanyakkan pemantauan secara berkala dipusat-pusat hiburan, terutama pusat-pusat hiburan daerah kuantan, amat mendukacitakan bila mana JAIP yang dipertanggungjawabkan kurang menjalankan pemantauan dipusat-pusat hiburan terutama pusat hiburan dijalan wong ah jang kuantan, dari apa yang saya tau JAIP ada buat serbuan tapi amat jarang, saya melihat ramai umat islam sama ada pekerja dan pengunjung, minum arak dipusat hiburan tersebut, saya rasakan amatlah wajar pehak JAIP kerap mengadakan serbuan bagi mengekang gejala umat islam minum arak, soalnya kenapa JAIP jarang buat serbuan? jika buat pun rahsia bocor dan cepat diketahui oleh pekerja pusat hiburan tersebut, saya ingin mencadangkan kepada pehak JAIP agar buat intipan sebelum adakan serbuan, sedih saya tengok taukey cina yang kaya dan melayu yang papa melantak arak, kepada pehak JAIP jalankan tugas anda dengan penuh didikasi, jagalah kesucian Agama kita, anda diberi kuasa untuk jalankan tugas tersebut, buatlah kerja para ustaz dan ustazah JAIP, jangan sampai ada orang berkata pegawai JAIP boleh dibeli dengan wang, malu saya dengar tohmahan tersebut.

KJ MAHU UNDUR.

Sinar harian 03 jan 2011 melapurkan KJ membanyangkan hasrat engan pertahankan kerusi parlimen rembau dalam laman sosial twitternya, beliau menyatakan untuk sambung belajar, semua pehak harus hormati keputusan beliau, saya berpendapat beliau telah membuat keputusan yang bijak demi masa depan nya yang lebeh cemerlang, muga beliau lebeh berjaya dimasa hadapan.

UNGKAPAN BERSULAM DUSTA.

Kehebatan kau amat dikagumi, kepetahan kau tika berbicara amat disenangi, ramai yang terpersona dengan kehebatan kau, bagi mereka kau adalah wira, pahlawan dan pejuang bangsa, sahingga mereka mengatakan kau adalah anugerah Yang Maha Esa, yang kau menang anugerah dan kita semua adalah anugerah Allah, anugerah Allah yang harus ditunaikan amanah kerana ALLAH, kita diwajibkan bersatu membena keamanan dan keharmonian kaum, tapi kau, kau pengcetus kemusnahan dan kehancuran, kau lihat sekarang Agama kau dipersenda, kau lihat bangsa kau diperlekeh, apa kah ini sebenarnya kehendak kau, apa kah kerana kuasa kau sanggup gadai semua itu? insaflah dan bertaubatlah, seharusnya diusia usang kau, kau lebeh perbanyakkan amal ibadat untuk bekalan mengadap ALLAH SWT, andai kaun dijemput Nya, tapi kau tidak, kau semakin lupa dan leka akan balasan ALLAH, apakah hati kau sudah tertutup untuk terima kebaikkan? taukah kau bahawa balasan ALLAH teramat pedih dan menyakitkan? apapun maseh belum terlambat untuk kau bertaubat, memohon keampunan ALLAH dengan penuh keinsafan dan kesedaran, InsyaAllah jiwa kau akan tenang, ingatlah ALLAH melihat apa yang kita buat.