Wednesday, February 29, 2012

KATA KEDULANG PAKU SEREPIH.

Kata kedulang paku serepih kata keorang dia yang lebih, itu lah perumpamaan yang paling tepat ditujukan kepada PAS sekarang, bilamana mereka bersekongkol denga orang bukan Islam iaitu DAP, dulu pemimpin PAS kata orang UMNO kafir bila berkerjasama dengan MCA dan MIC, tapi kini terbalik dan mereka menjalinkan kerjasama dengan DAP malah mereka sanggup jadi balaci DAP, dan kini yang lebih gila lagi bila mana ada dikalangan pemimpin mereka yang berkata, PAS bersedia terima orang bukan Islam jadi pemimpin mereka, wah ini sudah terlalu maju perjuangan PAS sahingga melupakan tunjang kepada perjuangan mereka yang sebenar, apakah kerana kuasa mereka sanggup mengadai maruah perjuangan mereka, ini lah akibatnya bilamana pemimpin mereka yang dipilih terdiri daripada para ulamak duniawi, sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa, gila kah mereka kerana nak kan kuasa?

Wednesday, February 22, 2012

TIDAK SAMAN WSJ BUKTI ANWAR SOKONG ISRAEL.

Anwar Ibrahim tidak akan saman WSJ adalah bukti beliau sememang menyokong Israel, beliau tidak akan saman WSJ kerana beliau takut hilang sokongan saripada Israel, sokongan yang beliau peroleh dari Israel merupakan sokongan yang tidak berbelah bagi, seandainya beliau saman WSJ pastinya kedudukan beliau semakin terancam dan sudah pasti tidak akan mendapat sokongan daripada Israel, bagi Anwar sokongan Israel mengatasi segala nya, beliau sanggup membelakangkan Agama demi sokongan Israel untuk menempatkan beliau sebagai PM Malaysia, kerana kuasa beliau sanggup mengadai maruah Agama, Bangsa dan Negara.

Monday, February 20, 2012

JANGAN TERPENGARUH DENGAN JANJI PR.

Rakyat Malaysia yang cintakan perdamaian dan perpaduan agar tidak terpengaruh dengan janji-janji manis pemimpin pakatan rakyat, mereka cuma pandai berjanji semata-mata untuk meraih sokongan pengundi, wal hal mereka tidak mampu melakukan perubahan dinegeri-negeri yang mereka perintah, lihat sahaja apa yang mereka buat dinegeri yang mereka perintah, seandainya tiada bantuan dari kerajaan pusat pastinya rakyat mereka banyak mati kelaparan terutama dinegeri kelantan yang terkenal dengan kemunduran dari segi kehidupan, ini lah yang dikatakan pemimpin mereka yang nak hapuskan segala cukai dan menambah subsidi kepada barang keperluan, bagaimana mereka nak bangunkan negara ini andainya kerajaan tidak punyai dana yang cukup? lantaran itu kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran agar tidak menerima apa juga janji yang dibuat oleh pemimpin mereka terutama nya Anwar Ibrahim, andai nya beliau jadi PM dah tentu lah beliau akan membantu Israel negara yang menindah palastin (Islam)...........bayangkan jika itu yang dilakukan.

Wednesday, February 8, 2012

KEBANYAKAN MASYARAKAT CINA TIDAK SOKONG BN

Tinjuan dibuat terhadap masyarakat cina berkaitan dengan sokongan mereka terhadap BN, rata-rata yang ditemui menyatakan tidak berminat dengan BN, terutamanya kalangan pengundi muda mereka, alasan mereka untuk tidak menyokong BN, kerana BN lebih mengutamakan orang melayu dari lain-lain bangsa, mereka yakin dengan DAP kerana perjuangan DAP berteraskan kepada bangsa mereka, jelas membuktikan bahawa masyarakat cina terlalu kuat dengan sikap perkauman, ini lah fenomina yang sedang dihadapi BN terutama tentang sokongan cina, bagi mereka MCA tidak memperjuangkan bangsa mereka, MCA diangap mengikut sahaja cakap UMNO, pesepsi ini seharusnya diperbetulkan olih kepimpinan MCA disegenap peringkat, apa yang telah BN lakukan adalah menyeluruh kepada semua kaum di negara ini, lihat sahaja apa yang dinikmati olih bangsa cina, mereka merupakan golongan yang berpendapatan tinggi, perniagaan mereka tidak langsung diganggu gugat olih bangsa lain, ini bukti jelas bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang adil kepada semua kaum, apa lagi yang kaum cina nak di negara ini?

Tuesday, February 7, 2012

BENARKAH UMNO DAN BN SUDAH BERSEDIA HADAPI PRU KE 13

Benarkah UMNO dan BN sudah bersiap siaga menghadapi PRU ke 13? rata-rata pemimpin atasan berkata UMNO dan BN sudah bersiap sedia hadapi PRU ke 13 dan amat yakin BN dapat merampas semula semua kerusi-kerusi yang tewas, hak hebat betul persiapan yang dilakukan oleh UMNO dan BN, tapi adakah pemimpin atasan sedar bahawa sejauh mana persiapan yang telah dilakukan, apa mungkin ianya cuma diperingkat atasan semata, bagaimana persiapan diperingkat akar umbi? sedangkan akar umbi adalah tulang belakang kepada kekuatan UMNO dan BN, apakan mereka sudah diberi imput yang tepat tentang persiapan yang harus mereka buat? dari pengamatan saya diakar ubi masih tercari-cari diri ibarat berada di tengah lautan yang dipukul ombak resah, tanpa sampan dan tanpa dayung, mereka terkapai-kapai mencari distinasi sebenar, tapi mereka dilenakan dengan kata-kata bangga oleh para pemimpin atasan, bahawa UMNO dan BN sudah sedia hadapi PRU ke 13 pada bila-bila masa, kepada para pemimpin atasan, jenguk, tengok, telek dan lihat dibawah dulu sebelum mendaki ke atas, jangan dok main cakap je nanti badan binasa.

Monday, February 6, 2012

BAYAR SEGERA ELAUN/SATU HATI PESERTA IKHSAN SAMUDRA.

UMNO disaran bayar segera elaun/sagu hati kepada peserta program ikhsan samudra pada 21 .1 2012 lalu, mereka peserta program tersebut marah dan menuduh UMNO menipu dan mengugut tidak akan lagi menyokong apa juga program yang akan dianjurkan oleh UMNO dan BN, UMNO masih belum bayar elaun/sagu hati seperti yang dijanjikan terutama kepada peserta dibukit setongkol dan taman impianku, kepada pehak UMNO diharap dapatlah menbayar elaun ini agar tidak menimbulkan permasalahan pada sokongan yang pernah diberikan oleh mereka, mereka ini adalah penyokong BN, tapi jangan lah kerana perkara kecil ini sokongan mereka akan beralih arah.

Thursday, February 2, 2012

SANDIWARA HAJI HADI

Haji Hadi melahirkan hasrat untuk berundur dari bertanding dalam PRU ke 13, katanya untuk memberi laluan kepada muka baru yang lebih muda dan berkemampuan, kenapa mesti umum kepada khalayak? kalau benar nak berundur tak payak cakap, tiba masa nya buat je, ini tidak awal-awal lagi dah umum hasrat bak berundur, apa tujuan beliau? dalam erti kata lain Hj Hadi nak test market diri, nak tengok reaksi ahli PAS, dan bila ramai ahli PAS yang tidak bersetuju dengan hasrat beliau maka beliau akan di minta bertanding dan itu lah hasrat beliau sebenarnya, kepada haji hadi tak payahlah nak bersandiwara dalam dunia politik PAS, atau kemungkinan haji hadi merasa beliau sudah tidak ada pengaruh untuk menang? atau beliau sudah takut di bongkar oleh Dato Hasan Ali? banyak kemungkinan yang menyebabkan haji hadi nak undur, setelah banyak memesongkan akidah umat Islam dibumi Malaysia maka haji hadi nak berundur? atau haji hadi dah nak bertaubat tidak mahu lagi bersekongkol dengan iblis? kepada puak-puak PAS renung-renungkan lah.

Wednesday, February 1, 2012

KEPIMPINAN PAS SEMAKIN GUNDAH GULANA

Akibat dari tindakan memecat Dr Hassan Ali, kini kepimpinan PAS berada di dalam gundah gulana, ini kerana tindakan susulan Dr Hassan Ali yang mengadakan road show membongkar segala kepincangan dalam PAS, selama ini ketaksuban kalangan penyokong PAS amat ketara dan membimbangkan, kini suasana semakin berbeza dan mereka telah nampak apa yang sebenar nya berlaku di dalam PAS, selama ini mereka di hanyutkan dengan dendangan lagu shahdu yang di alunkan oleh Nik Aziz, Hj Hadi, Mad Sabu, Mahfuz dan lain, kini teserlah ke burukan yang sebenar, hasil dari pembongkaran berani Dr Hassan Ali telah menyedarkan sebahagian ahli PAS dari mimpi ngeri, kini kepimpinan PAS semakin gundah dan terlalu sukar untuk mereka untuk membalas balik kenyataan dari Dr Hassan Ali, rakyat mula faham dan yakin dengan segala apa yang di lontarkan oleh Dr Hassan Ali.