Tuesday, July 26, 2011

PEMBANGKANG TETAP TIDAK PUAS.

Pembangkang tetap tidak puas hati dengan apa juga usaha yang akan di buat oleh SPR, ini sudah menjadi budaya mereka tidak akan mengakui usaha murni SPR, bagi mereka selagi segala usaha yang di buat oleh SPR tetap tak betul dan menyeleweng, dah nama pun pembangkang apa jua yang  kerajaan buat tetap mereka bangkang, walhal bila menguntungkan mereka, tidak pernah mereka pertikai, malah itu lah yang di kata kan adil, tapi bila mereka kalah atau tak dapat maka mereka kata itu penipuan.

Wednesday, July 20, 2011

JAUHI PERKARA YANG MEMUDARATKAN KEAMANAN.

Rakyat Malaysia di sarankan agar menjauhi daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang permusuhkan dan perpecahan, jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang terpesung dari landasan perjuangan dan nilai-nilai murni rakyat Malaysia, berjuanglah mengikut saluran yang betul yang berlandaskan kepada kebenaran, jauhi lah daripada perkara yang tidak benar, harus di ingat bahawa jika anda menyokong mereka yang buat jahat, maka anda di kira bersubahat, orang yang bersubahat dalam kerja- kerja terkutuk pasti nya akan menerima permbalasan Allah, ingat Allah melihat apa yang anda buat, anda boleh tipu berjuta manusia tapi anda tidak mampu menipu Yang Maha Esa, jangan dik kerana anda termakan pujuk rayu pembangkang, anda terhumban di neraka jahanam di akhirat kelak, berbanyak lah beristirafar sebelum melakukan sesuatu perkara, lebeh-lebeh lagi perkara yang boleh mendatangkan keburukan, muga anda sentiasa di dalam rahmat Allah jua.

1MALAYSIA GAGASAN BERJAYA.

YAB Dato Sri Najib Tun Abd Razak telah mencipta satu gagasan yang amat sistematik dan amat bertepatan dengan kehendak semasa, 1Malaysia rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan, ini gagasan yang telah berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum di bumi Malaysia, dengan pendekatan ini rakyat sudah mula berada di zon perpaduan, cuma sedikit sahaja yang dangkal dengan konsep ini, kedangkalan mereka dik kerana kuasa, mereka nak berkuasa tapi tidak kesampaian, maka dengan demikian mereka mencipta helah yang membawa musibah kepada Negara tapi kemegahan bagi mereka, mereka adakan perhimpunan haram melaungkan reformasi yang dunggu, mereka berhimpun tampa mengambil kira tentang orang lain yang benci dengan perangai mereka yang rakus kuasa, tapi segala usaha mereka gagal, kegagalan mereka jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia lebeh ramai yang cintakan kedamaian dan keamanan, hanya mereka yang sakit mental sahaja yang menyertai perhimpunan haram tersebut, kepada pemimpin pembangkang ingat lah bahawa Allah tidak restu perbuatan kianat anda, bertaubatlah sebelum anda di jemput ILLAHI.

Tuesday, July 19, 2011

MEREKA YANG KUFUR NIKMAT.

Mereka yang tidak bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada sesama manusia yang telah mebantu mereka adalah mereka yang kufur nikmat, golongan ini adalah golongan yang sombong, angkuh, riak serta lupa diri, mereka yang kufur ini sudah tentu lah mereka dari golongan menyertai pembangkang serta mereka yang menyokong pembangkang, seperti para peneroka felda, pelajar pusat pengajian tinggi dan golongan yang mendapat limpahan pembangunan dari kerajaan BN, mereka ini seharusnya mencermin diri mereka terutama nya mereka yang menjadi peneroka felda, mereka lihat diri mereka andai mereka tidak menjadi peneroka felda, adakah mereka boleh hidup mewah seperti hari ini, mampukah mereka menyekolahkan anak-anak mereka hingga ke menara gading? bagi pelajar univesiti pula yang menyokong pembangkang, mereka perlu renung dan lihat diri mereka, adakah mereka layak berada di univesiti seandainya tampa pinjaman dari kerajaan BN, dan pasri nya mereka mengharapkan berkerja dengan kerajaan bila habis belajar nanti, kenapa benda yang menguntungkan mereka, mereka tidak pernah puji kerajaan, mereka hanya nampak kelemahan sahaja, wal hal kelemahan itu boleh di perbaiki, mana ada satu manusia pun yang baik sepenuhnya, ingat kita manusia biasa bukan maksum, tiap manusia biasa pasti ada kekurangan nya, sewajarnya kita sama-sama baiki kelemahan tesebut agar jadi lebeh baik, bukan yang baik nak di burukkan seperti mana yang di buat oleh geng pembangkang sekarang, anda bukan pemulih tapi anda PEROSAK.

Monday, July 18, 2011

BERSIH 3.0 AKAN MENYUSUL.

Bersih 3.o akan menyusul? itu kata anwar dan mad sabu, itu lah kata-kata orang yang rakus kuasa sedangkan mereka sudah tidak lagi di terima mejoriti rakyat, kenapa mereka nak buat lagi perhimpunan haram, apa kah mereka nak mencabar undang-undang negara? apa kah mereka merasa undang-undang negara ini bahan mainan, jangan lah jadi pemimpin hepokrit pulak, negara kita ni kan negara yang ada undang-undang dan sebagai rakyat Malaysia yang merdeka seharusnya kita menghormati undang-undang negara, jika kita yang tidak menghormati nya sapa lagi, kita marah jika orang luar tak hormat undang-undang negara kita, tapi kita lupa kita yang mengajar mereka jadi kurang ajar, terima lah hakikat bahawa rakyat sudah muak dengan pembohongan anda, politik anda sudah tidak di terima rakyat Malaysia, rakyat Malaysia cinta kan perpaduan dan keharmonian, jangan lah anda jadi perosak nya pula.

KENAPA MESTI MARAH PAS KEDAH?

Kenapa mesti marah PAS kedah kerana tarik balik arahan tutup pusat hiburan di bulan ramadan? tuan-tuan dan puan-puan tahu ke tidak bahawa PAS telah ubah dasar perjuangan mereka? dulu memang benar mereka memperjuangkan Islam, tapi le ni tidak lagi, mereka perjuangkan kebajikan, jadi mengapa nak di herankan bila mereka parik balik arahan tersebut, kan ke itu kebajikan nama nya, itu lah kebajikan ala PAS, kebajikan takut dengan desakan DAP, kan ke PAS tu dah alat DAP, DAP usik sikit je mereka pemimpin PAS dan kecut segala nya, PAS takut pada DAP lah beb.

Wednesday, July 13, 2011

DAH NAMA PEMBANGKANG TAK KAN NAK MENYOKONG PULAK.

PAS, PKR dan DAP adalah parti pembangkang, dah nama pun pembangkang mereka akan bangkang lah, mana mungkin mereka menyokong apa yang di buat oleh kerajaan, jika mereka tak bangkang apa lagi kerja yang mereka mampu buat, mereka tak perlu pikir tentang pembangunan negera, mereka tak perlu pikir tentang masalah rakyat, segala nya telah di pikir oleh kerajaan, malah kerajaan akan terus pikir dan bantu rakyat tampa mengira kaum, ini lah kerajaan yang ada, bukan macam pembangkang asyik dok berceramah sana sini, bukan bercakap untuk pembangunan tapi bercakap dok maki hamun pemimpin dan yang paling pasti menipu rakyat, itu je yang mereka tahu, hari-hari buat dosa, mereka ni jenis orang yang tak bersyukur jadi rakyat Malaysia, mereka ini macam tak akan mati lah gaya nya, tu yang dok kata dan kami hamun pemimpin negara, ingatlah balasan Allah akan tiba, cuma bila masa sahaja yang belum tahu tapi hakikatnya ianya akan tiba.

KAN BINCANG APA LAGI DENGAN GENG PEMBANGKANG.

Cendikiawan negara mencadangkan agar kerajaan mengadakan perbincangan dengan pehak bersih terhadap apa yang di minta mereka, ini saja jalan penyelesaian bagi menangani kemelut yang melanda, ini cadangan yang baik dan amat bermanfaat jika ke dua-dua pehak boleh mengadakan nya dan mendapat kata sepakat, tetapi pengalaman yang telah kita lalui, geng PAS dan PKR ini sekadar nak cari publisiti murahan je, mereka ahkirnya tidak bersetuju malah akan menghebuhkan bahawa kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan mereka, ini permainan kotor mereka, mereka sekadar nak buktikan kepada masyarakat bahawa mereka komited dalam hal-hal sebegini, pada hal mereka tahu ianya bukan kerana pilihan raya kita tak bersih yang menyebabkan mereka tak di terima mejoriti rakyat, tapi rakyat tahu siapa mereka, rakyat bukan buta dan pekak, rakyat tahu mana batu dan mana kaca, bagi rakyat mereka mahukan kerajaan yang bijak dan pandai urus tadbir negara, bukan kerajaan yang tahu menghentam orang sahaja, jadi kepada geng PAS dan PKR jangan lah berangan nak tawan Putrajaya, Allah tak restu dengan kamu, kamu tak layak jadi kerajaan lah, sedar lah diri itu beb.

MAD SABU KATA AKAN ADA BERSIH 3.0

Hai suka benar geng PAS ni buat huru hara dalam negera ye, dah tak ada kerja lain ke nak buat? atau dah tak senang duduk ke dengan tranfomasi yang di buat oleh Dato Najib? terkadang kesian juga aku tengok geng PAS dan PKR ni, mereka berhajat sangat nak jadi pemerintah, wal hal mereka dan sememangnya tidak layak jadi pemerintah, macam mana rakyat nak angkat mereka jadi pemerintah, mereka tak tahu ke yang mereka tak layak? atau mereka sengaja buat-buat tak tahu, sudah-sudah lah wahai mad sabu lu cermin lah diri lu dulu sebelum berangan-angan nak jadi pemerintah.

Tuesday, July 12, 2011

KERAJAAN JANGAN TUNDUK DENGAN DESAKAN PEMBANGKANG.

Kerajaan di sarankan agar tidak tunduk dengan desakan pembangkang yang semenangnya meraka dalam kesesatan yang teramat sangat, mereka sudah tiada hala tuju dalam politik dewasa ini, apa yang mereka lakukan sekarang adalah gimik politik dan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi, sedangkan pengundi dan rakyat sudah muak dengan pembohongan mereka, mereka sudah tandus isu dan mereka sudah merasa bahang kekalahan dalam PRU akan datang, justeru itu kerajaan jangan layan dengan kehendak mereka, kerajaan yang di pilih sekarang adalah pilihan rakyat dan tidak perlu tunduk dengan desakan bodoh pehak pembangkang, angap sahaja pembangkang sudah sewel dan kemaruk kuasa.

ANWAR IBRAHIM PENIPU.

Bukan sekali malah berpuluh kali sebahagian rakyat m'sia di tipu oleh anwar ibrahim, yang terbaru bila beliau sakit semasa sertai perhimpunan haram, dia kata polis bagi layanan buruk kepada tahanan semasa dalam tahanan polis, sedangkan haji hadi pula kata polis bagi layanan baik kepada tahanan, jelas sangat lah anwar ibrahim menipu dan nak buruk kan polis dan kerajaan, mereka yang percaya dengan perbohongan anwar ibrahim adalah mereka yang berperangai seperti dia juga, wahai anwar ibrahim dan para pengikut taksub beliau, bertaubatlah dan kembali lah kejalan yang benar, ingatlah Allah melihat apa yang anda buat, jangan nanti tak sempat bertaubat siksa di akhirat nanti, di dunia anda boleh tipu berjuta orang, tapi di ahkirat tiada ruang dan peluang untuk anda menipu.

Monday, July 11, 2011

CINTAI LAH PERDAMAIAN DAN PERPADUAN.

Kata pepatah "bumi mana tidak di timpa hujan, laut mana tidak bergelora" amati pepatah ini dan ianya jelas mengambarkan bahawa tiap manusia ciptaan Tuhan pasti ada kelemahan, tetapi tiap kelemahan pasti bisa di perbaiki seandainya kita punyai sifat kasih sayang dan jati diri yang tinggi, tetapi jika di dalam hati kita di penuhi dengan sifat-sifat hasad dengki, curiga mencurigai, khianat dan laknat maka pasti nya yang buruk akan terus buruk dan yang baik juga akan jadi buruk, sebaliknya jika kita menginsafi dan bermuhasabah diri dan reda dengan ketentuan Allah maka pasti kita akan jadi hamba Nya yang bermaruah dan saling tolong menolong di antara satu sama lain, jika ini di amalkan pasti kita akan selamat dunia dan akhirat.

PEMBANGKANG DALAM KETAKUTAN.

Mimpi ngeri mula menghantui lena pemimpin pembangkang, mereka sering di datangi resah gelisah dalam perjuangan, mereka sudah tidak lena tidor bila mana tiap kali mereka cuba memejamkan mata, pasti akan hadir bayangan kejatuhan mereka di persada politik negara, mereka kepanasan yang amat sangat hingga kan menganggu pembanringan mereka di tilam empuk, bagi mereka tilam empuk yang mengalas belakang mereka kini sudah keras dan hangat, mereka sudah tidak selesa berada di tilam empuk yang mereka cipta, bayangan kekalahan sering menghantui mereka, lantaran itu mereka mencipta perbagai helah untuk meraih sokongan dan belas ikhsan dari rakyat, terlakarlah dan tercipta lah perhimpunan haram pada 9 julai 2011, di mana mereka menjangkan kan 300 ribu rakyat akan bersama mereka, tapi usaha mereka gagal bila mana hanya lebeh kurang 10 ribu orang sahaja yang hadir, kegagalan ini menambah parah lagi kedukaan mereka, mereka kini di ambang kehancuran dan kemusnahan.

KERANA KUASA PAS SANGGUP GADAI MARUAH BANGSA.

Hanya kerana ini berkuasa PAS sanggup ikut telunjuk DAP dan anwar ibrahim, sedangkan mereka tahu DAP dan anwar ibrahim mempergunakan dan memperalatkan mereka, segala agenda perjuangan mereka telah menyimpang dari landasan sebenar perjuangan mereka, mereka tidak lagi mementingkan perpaduan dan kemakmuran malah mereka sanggup mengadai maruah negara demi kuasa, ini kah yang di katakan perjuangan berlandaskan Islam, adakah Islam mengajar mereka untuk menghuru hara kan kemakmuran yang sedia ada, apa kah mereka ini perjuang atau sebenarnya mereka ini pertualang, rakyat wajar melihat dari sudut positif apa sebenar yang PAS ingin perjuangkan, kenapa harus berdemontrasi di jalanan, mereka kata sistem pilihan raya di negara ini tidak telus, walhal mereka tahu bahawa sistem yang sedia ada amat baik jika nak di bandingkan dengan negara-negara lain, jika sistem kita di katakan tidak bersih, kenapa negara luar ingin belajar daripada sistem pilihan raya kita, ini menunjuk kan bahawa sistem kita bersih dan terhindar dari sebarang bentuk penipuan, jika kerajaan nak tipu mana mungkin mereka bisa menang di 5 buah negeri, lu pikir lah sendiri beb.

SUDAH KAH BN BERSEDIA HADAPI PRU KE 13.

Dalam kemelut yang melanda pembangkang ketika ini, sudah pasti lah mereka berhadapan dengan seribu kecelaruan dan kebimbangan apakah mereka masih mampu mempertahankan kemenangan mereka di beberapa negeri, apa tah lagi mereka bercita-cita untuk menawan putrajaya, melihat kepada keadaan mereka dewasa ini, jelas bahawa mereka akan temui jalan buntu untuk berhadapan dengan BN pada PRU ke 13 nanti, mereka sudah melihat kejayaan berpehak kepada kerajaan, bila mana pendekatan yang di bawa oleh YAB Dato Sri Najib Perdana Menteri Malaysia kini amat mendapat sokongan daripada sebilangan besar rakyat, mereka gusar dan gelabah, lantaran itu mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk buktikan kepada dunia bahawa Malaysia tidak demokrasi, mereka sanggup berhujan berpanas berdemontrasi di jalanan demi untuk menjatuhkan kerajaan, tapi usaha mereka temui jalan buntu, mereka kini kepanasan dalam kancah politik kotor mereka, mereka tahu dan sedar bahawa rakyat sudah muak dan meluat dengan politik kotor mereka, PRU ke 13 mereka akan tewas yang memalu kan.

Sunday, July 10, 2011

SIAPA CALUN PERLIMEN INDERA MAHKOTA PADA PRU KE 13.

Siapa calun parlimen indera mahkota pada PRU ke 13 nanti? ini lah persoalan yang sedang berlegar di minda ahli UMNO bahagian indera mahkota, nama-nama seperti Dato Wan adnan, Dato Shahrudin, Dato Rahim Abas dan Dato Mohd Hazmi Yusof di sebut-sebut oleh penyokong mereka, Dato Wan Adnan Wan Mamat merupakan bekas ahli parlimen indera mahkota, punyai ramai kenalan dan sudah di kenali kebanyakan pengundi, Dato Shahrudin pula timbalan ketua UMNO Bahagian indera mahkota, tidak berapa di kenali pengundi kerana tidak turun padang, Dato Rahim Abas, orang lama dalam politik, agak di kenali ramai tapi banyaksangat kekurangan dan sejarah politik beliau masih menjadi ingatan pada pengundi terutama rakan-rakan yang pernah bersama beliau dalam politik, beliau di kenali dengan orang yang penakut dan kedekut, mana kala Dato Mohd Hazmi Yusof merupakan ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota sekarang, di awal penampilan beliau sebagai ketua UMNO Bahagian, ramai yang marah dan meluat dengan beliau, kerana sikap beliau yang panas baran dan mudah melemparkan kata-kata kesat kepada orang, tapi semakin hari beliau semakin matang dan agar di terima oleh pengundi, jika beliau di pilih jadi calun, BN Indera mahkota mampu menang, andainya beliau semakin matang dan komited dalam tugas sebagai ketua bahagian.

PEMBANGKANG SUDAH TANDUS ISU.

Pembangkang kini sudah ketandusan isu, pendekatan yang di ambil oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak merupakan tamparan paling hebat kepada pembangkang terutama anwar ibrahim untuk menjadi PM, ini jelas dapat di lihat bila mereka sanggup mengadakan perhimpunan haram bagi mengajak rakyat memnumbangkan kerajaan melalui jalanan, walau bagai mana pun usaha mereka gagal, rakyat sudak meluat dengan pembohongan anwar ibrahim dan kumpulan pembangkang, mereka tidak sanggup mengadai maruah agama bangsa dan negara, mereka tahu perjuangan anwar ibrahim adalah perjuangan peribadi, perjuangan yang tidak berarah tuju kepada membena sebuah negara maju dan berjaya, tapi perjuangan membela diri nya dari isu-isu moral beliau sendiri, usaha ini gagal dan anwar ibrahim semakin tersepit dengan kes moral beliau, beliau tahu kes liwat nya akan sangkut dan beliau ada di hukum kerana meliwat saiful, beliau sedar beliau akan menjadi penghuni empat penjuru tembuk batu, usaha nya untuk menyelamat diri sudah temui jalan buntu, hukuman sedang menanti beliau, apa nak buat anda sendiri yang cari bukan orang lain yang bagi, anda yang mencipta dan anda lah yang dapat hasil nya.

PAS TAKUT PADA DAP.

Muktamar PAS telah bersetuju menukar arah perjuangan mereka dari perjuangan menubuh sebuah negara islam kepada mengujudkan sebuah negara berkebajikan, jelas bahawa PAS takut kepada DAP yang terang-terangan menentang pembentukan negara islam, lantaran itu PAS sanggup ubah hala tuju perjuangan nya demi kuasa politik, sedangkan BN telah lama berkebajikan kepada rakyat nya, apa kah pemimpin dan ahli PAS kelabu mata dengan apa yang dibuat oleh BN, kebajikan yang di buat oleh BN selama ini yang tidak membedakan bangsa agama dan pahaman politik, apakah pemimpin PAS tidak nampak atau sengaja buat-buat tidak nampak? kenapa PAS mesti mengubah hala tuju perjuangan mereka, sedangkan PAS tahu sudah menjadi kewajipan pemerintah membela kebajikan rakyat, tidak mengira negara di pimpin oleh siapa dan apa agama nya, negara yang di pimpin kominis pun menjaga kebajikan rakyat mereka, hakikat sebenarnya PAS takut dengan penentangan dari DAP, bagi PAS DAP adalah rakan baik mereka yang perlu di jaga dan di belai walau pun mengadai maruah perjuangan, agama dan bangsa, semua ini kerana kuasa hingga sanggup mengubah arah perjuangan, bertaubatlah wahai pemimpin dan ahli PAS, bertaubat lah sebelum anda di jemput ILLAHI.

RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN SANDIWARA ANWAR IBRAHIM.

Sandiwara anwar ibrahim semakin hari semakin terserlah dan rakyat mula muak dengan sandiwara beliau, ini jelas bila ramai di kalangan ahli mereka keluar parti dan memyertai komponan BN, kejelekan mereka terhadap anwar ibrahim tidak dapat mereka pendam lagi, bila mana kes yang terbaru kes video sex yang melibatkan anwar ibrahim, mereka sedar bahawa mereka tidak mahu orang yang murah moralnya menjadi pemimpin mereka, lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan perjuangan bersama anwar yang murah dan rendah moral nya, anwar ibrahim semakin tersepit dan terhimpit dalam kancah politik negera, maka dengan itu anwar ibrahim akan mengunakan perbagai kaedah untuk memburukan kerajaan yang ada dengan harapan beliau dapat menjadi PM dan seterusnya membersihkan nama nya yang sudah koror serta busuk, ini lah usaha terahir anwar ibrahim untuk mengalih pemikiran rakyat daripada memikirkan kes sekendal sex beliau yang tidak putus-putus, walaubagai mana pun usaha beliau ini temuai kegagalan yang amat menyedihkan, anwar ibrahim hanyut dengan dosa yang tidak terampun.

PERHIMPUNAN HARAM BERSIH GAGAL.

Perhimpunan haram anjuran bersih adalah perhimpunan yang gagal dan tidak mendapat sokonganrakyat, ianya cuma di hadiri oleh mereka yang dangkal tentang kemakmuran, jelas bahawa usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalanan gagal dan tidak memdapat sokongan rakyat, ini merupakan gambaran awal bahawa pembangkang akan kecundang memjelang PRU ke 13 nanti, oleh itu pehak kerajaan wajar meneruskan usaha dan lipat gandakan usaha membantu rakyat agar rakyat terus yakin dan akan terus memberi mandat kepada BN untuk terus tadbir negara, pembangkang telah menuju kehancuran, ayuh rakyat malaysia yang cintakan perpaduan, kita singkirkan pembangkang di bumu malaysia yang tercinta ini, biarkan pembangkang terjun dengan labu-labu nya.

Thursday, July 7, 2011

PEHIMPUNAN JALANAN TIDAK SELESAI MASALAH.

Perhimpunan haram jalanan tidak menyelesaikan masalah malah semakin menambah masalah, ini bukan budaya kita kenapa kita terikut-ikut dengan budaya luar yang mengadakan demontrasi jalanan untuk jatuhkan kerajaan? sedangkan negara kita mengamalkan sistem demokrasi berpalimen, kita boleh gunakan saluran yang betul untuk menegur kerajaan, di dewan rakyat, dewan negara dan dan dewan undangan negeri adalah pentas yang paling tepat dan sesuai untuk memberi pandangan dan eguran kepada kerajaan, bukan di jalanan seperti yang akan di laksanakan oleh bersih.

MENTERI DALAM NEGERI LEMAH DAN LEMBIK.

Kenapa menteri dalam negeri lemah dan lembik dalam menangani masalah yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri? seolah-olah takut untuk membuat gesaan dan saranan apa tah lagi membuat keputusan, ini tidak seharusnya berlaku kerana sudah jelas bersih mempunyai agenda yang tersembunyi dan perhimpunan yang nak di laksanakan jelas mengamcam keselamatan negara, kenapa menteri dalam negeri masih main tarik tali dalam soal ini, apa kah beliau tidak nampak kesan dari perhimpunan haram ini? apa kah tiada pengajaran dari perhimpunan haram yang pernah berlaku sebelum ini? justeru itu di harapakan agar menteri dalam negeri lebeh tegas dan berani dalam membuat tindakan untuk keselamatan negara, jangan berlembut dengan pengkhianat negara, maruah negara harus di jaga dan jangan sampai rakyat muak dengan kelembutan kita, lembut biarlah bertempat dan jangan lah orang dah pijak kepala kita, kita masih lagi nak berlembut dan bertolak ansur, kelembutan kerajaan adalah penyebab ramai nya rakyat semakin derhaka.

SIASAT SUMBER KEWANGAN BERSIH 2.0

Kerajaan di saran agar menyiasat hingga ke akar umbi dari mana bersih (ambiga) memperolehi sumber kewangan bagi menganjurkan perhimpunan haram bersih pada 9 julai 2011, pasti nya untuk menganjurkan perhimpunan sebesar ini memerlukan dana yang besar, bagi ambiga adalah mustahil beliau mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kos menganjurkan perhimpunan sebesar ini, ini pasri ada pehak lain yang membiayai dana tersebut, justeru itu pehak kerajaan di gesa agar menyiasat darimana beliau dapat kewangan tersebut, andai terbukti ada pehak luar yang membiayai sumber kewangan, pehak kerajaan di gesa mengambil tindakan tegas serta lucut taraf kerakyatan ambiga, ini penting sebagai pengajaran kepada beliau dan sebagai pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia, jangan berlembut dengan apa yang dilakukan oleh mereka yang di angap pengkhianat negara.

Wednesday, July 6, 2011

JAUHI DARI LAKUKAN PERKARA BODOH.

Rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan kemakmuran di minta agar tidak melakukan perkara bodoh seperti menyertai perhimpunan haram yang di anjurkan oleh bersih, mereka mengelarkan pertubuhan mereka bersih, sedangkan pemimpin mereka adalah kotor, kotor dari segi hati dan perasaan sahingga sanggup memusnahkan perpaduan dan sanggup memburukan negara di mata dunia, menganjurkan perhimpunan seperti yang di rancang adalah salah satu kerja yang busuk dan berniat jahat, sedangkan mereka tahu demokrasi di negara kita ini telah berjalan dengan baik, jadi apa lagi yang nak di bersihkan,

KERJAAN TIDAK PERLU TUNDUK DENGAN BERSIH 2.0.

Kerajaan di sarankan agar tidak tunduk kepada desakan daripada bersih, walau pun mereka tidak akan mengadakan perhimpunan di jalanan, seperti mana yang kita maklum bahawa bersih adalah pertubuhan haram, justeru itu kerajaan wajar mengambil tindakan kepada bersih mengikut lunas undang-undang sedia ada, jangan biarkan mereka bermaharaja lela melakukan perkara yang mengundang kemusnahan terhadap negara, tuntutan yang di kemukan kan kepada kerajaan agar membebaskan penyokong mereka yang di tahan di bawah ordinan darurat tidak perlu di penuhi oleh kerajaan, mereka dah buat salah dan mereka perlu di hukum mengikut undang-undang negera, pehak berkuasa jangan pilih bulu dalam soal ini, semua rakyat wajib patuh dengan undang-undang negara, kegiatan sebegini boleh mengundang kehancuran kepada negara, jangan berlembut dengan mana-mana pehak yang cuba mengugat kesetabilan dan kemakmuran negara.

Tuesday, July 5, 2011

PRU KE 13 AKAN JADI MILIK BN.

Melihat kepada perkembangan semasa, BN akan menang berganda dalam PRU ke 13 nanti, kepincangan dan kelemahan dalam PR amat jelas dan mengecewakan banyak penyokong mereka, keburukan peribadi pemimpin agong mereka anwar ibrahim semakin hari semakin terserlah, kepincangan PAS dalam memperjuangankan Islam juga telah melencung, bila mana PAS kini mengubah dasar perjuangan mereka dari memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan, ini semua kerana PAS telah tertekan dengan desakan dari rakan sekutu mereka iaitu DAP, sedangkan mereka tahu BN sudah lama berkebajikan kepada rakyat nya, apa yang PAS nak bagi kebajikan lagi sedangkan kebajikan rakyat telah di sempurnakan oleh BN, jelas ini semua retorik politik PAS yang ikut telunjuk DAP.

MESIN JUDI MASIH BEROPERASI DI BANDAR KUANTAN.

Kenapa mesih judi masih lagi berleluasa beroperasi di bandar kuantan, kenapa ini terjadi, di mana kelemahan nya, kenapa pehak berkuasa membiarkan dan tidak mengambil tindakan, ini yang menghantui orang ramai terhadap kewibawaan pehak berkuasa, orang ramai berpendapat seakan-akan ada udang di sebalik batu, sebab itu lah pehak berkuasa tidak mengambil tindakan drastik terhadap pengusaha pusat judi tersebut, oleh itu adalah sangat di harapkan agar pehak berkuasa mengambil tindakkan segera terhadap mereka yang terlibat secara langsung dalam kegiatan perjudian mesin slot.

KERAJAAN WAJIB PERANGI KEGIATAN AH LONG.

Kerajaan wajib perangi kegiatan ah long secara bersungguh-sungguh dengan berterusan, ini amat penting kerana kegiatan ah long telah menlangkaui batas kemanusiaan, mereka sanggup buat apa saja untuk mengaut keuntungan berganda, jangan biar kan ah long bermaharaja lela di bumi Malaysia yang berdaulat ini, pehak berkuasa mesti jalankan risikan secara menyeluruh dan bongkar kegiatan ini hingga ke akar umbi, jangan bagi ruang dan peluang kepada kegiatan ini terus beroperasi di negara ini, hapuskan kegiatan ah long...............

JANGAN BIAR KAN MALAYSIA HURU HARA.

Kerajaan seharusnya lebeh tegas tangani isu berkaitan dengan ketenteraman awam, ini amat penting kerana keamanan merupakan tunggak kejayaan sesebuah negara, justeru itu kerajaan di harap tidak berlembut dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mencetuskan ketegangan di negara ini, ISA adalah hukuman yang paling berkesan buat mereka yang dangkal perpaduan ini.

Monday, July 4, 2011

PELIHARA LAH PERPADUAN DEMI KEAMANAN.

Rakyat Malaysia di saran agar sentiasa memelihara perpaduan demi menjamin keamanan terus kekal di bumi bertuah ini, keamanan yang telah terjalin selama ini merupakan tonggak kejayaan kepada negara kita, kita tak kan berjaya membina negara tampa perpaduan yang kukuh, kerana perpaduan lah maka kita berjaya meletakkan negara di persada antara bangsa, dengan terpeliharanya perpaduan sudah tentulah kerajaan akan dapat melaksanakan segala pembangunan untuk kepentingan rakyat, justeru itu tidak perlu kah kita termakan dengan dakyah pembangkang yang cuma tahu menyalahkan orang lain tapi kesalahan sendiri di sembunyi, wal hal orang lain tahu bahawa pemimpin pembangkang cuma gah dalam negara sahaja, mereka tidak akan mampu tadbir urus negara dengan baik, mereka tahu siapa Anwar Ibrahim dan mereka cuma nak gunakan Anwar sahaja, sedangkan mereka tahu Anwar macam mana, ini lah politik kotor pembangkang, kekotoran nya bukan sahaja di luar malah di dalam, hok lagu ini ko demo nok ikut dan sokong? lu pikir lah sendiri beb.

KERJASAMA PDRM DAN ATM AMAT DI ALU-ALUKAN.

PDRM dan ATM akan berkerjasama dalam usaha mengekang dan mengawal perhimpunan haram bersih pada 9 julai ini, usaha ini amat baik demi menjamin keselamatan awam, kerjasama sebegini wajar di teruskan dari masa kesemasa, jangan bagi peluang dan ruang kepada pengkhianat negara bermaharaja lela untuk memporak puranda kan keamanan negara, kekang dan ambil tindakkan kepada kegiatan pengkhianat negara seperti ambiga dan kuncu-kuncu nya, Malaysia tidak perlu rakyat seperti ambiga dan kuncu-kuncu nya.

APA NAK HERAN DENGAN PEMBANGKANG.

Dah nama pun pembangkang maka tentu lah kerja utama mereka membangkang, mereka akan bangkang apa juga yang kerajaan buat, tengok dulu masa Tun Dr Mahathir nak bena jambatan Pulau Pinang, mereka bangkang, mereka kata membazir duit rakyat, tapi bila dan siap mereka lah penguna utamanya, lepas tu Tun Dr Mahathir nak bena kilang proton, mereka bangkang juga, mereka kata Malaysia belum boleh buat kereta, tapi bila berjaya mereka juga yang beli dan pakai proton, kemudian Tun Dr Mahathir nak bena Putrajaya mereka tentang dan bangkang juga, tapi kini mereka yang beria-ria nak tawan putrajaya dan sekarang mereka tentang dan bangkang kilang lynas, mereka kata kilang tersebut membahayakan nyawa, tapi bila dan siap nanti ahli mereka jua yang minta kerja dekat kilang tersebut, jadi apa nak di herankan dan kerja di membangkang, mereka bukan ada kerja lain selain membangkang, mereka nak pikir apa mereka nak buat apa semua nya di pikir dan di laksanakan oleh kerajaan, justeru itu tak perlu lah layan kerenah pembangkang tu, biarkan dia menyalak macam anjing buruk belakang, bukan jadi kudis pun pada kerajaan, teruskan pembinaan lynas dan projek-projek lain untuk ekonomi rakyat dan negara.

INGKAR TITAH AGONG ADALAH DERHAKA.

Sesiapa di kalangan rakyat Malaysia yang ingkar titah Yang Di Pertuan Agong adalah di angap telah menderhaka, justeru kepada mereka yang derhaka tidak wajar berada di negara yang ini, oleh itu adalah di sarankan agar mereka yang ingkar titah Agong agar di ambil tindakan dengan melucutkan taraf kewargenegaraan mereka, ini amat penting di laksanakan untuk memberi pengajaran kepada rakyat agar sentiasa menghormati kedaulatan negara, Malaysia sebuah negara yang berdaulat dan berpelembagaan, rakyat wajib menghormati nya, di sarankan agar pehak kerajaan tidak berlembut dengan mereka yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan negara, ambil tindakan setegas-tegasnya terhadap mereka yang biadap dan kurang ajar ini.

Sunday, July 3, 2011

KEJAYAAN MALAYSIA SUDAH TERBUKTI.

Malaysia sudah terkenal dengan negara membangun dan menuju kearah negara maju, tidak perlu di sangkal lagi semua itu, ini semua adalah hasil usaha para pemimpin kita yang benar-benar komited untuk mencapai negara maju, tapi malang kenapa masih ada segelintir rakyat yang busuk hati yang sengaja mencetuskan huru hara dalam negara, apa kah mereka tidak sedar keamanan yang di nikmati oleh rakyat malaysia ini telah di akui oleh negara luar? apa kah mereka nak jadi hero atau mereka sengaja mencabar undang-undang negera?
jangan kerana menbela seseorang kita sanggup gadaikan maruah negara, dan jangan jadi rakyat yang durhaka kepada negara, negara sudah aman, sistem perundangan negera sudah adil dan sisitem demokrasi sudah terlaksana, apa lagi yang nak kita tuntut? guna akal jangan guna otak, sebab blembu pun ada otak, jika kita guna otak sama lah kita macam lembu.

JANGAN TUNDUK DESAKAN PEMBANGKANG.

Kerajaan di saran agar tidak tunduk dengan desakan pembangkang dalam apa jua keadaan, ini amat penting kerana apa yang kerajaan lakukan tidak pernah mendapat sokongan daripada mereka, tapi apabila telah terlaksana, mereka juga lah penguna tega, justeru itu di harapkan agar kerajaan terus laksanakan apa jua yang telah di rancang demi untuk kepentingan rakyat, ini termasuk lah pembinaan lynas.

LUCUT KEWARGANEGARAAN AMBIGA.

Kerajaan di saran agar mengambil tindakan melucutkan taraf kewarganegaraan pengerusi bersih yang juga pengerusi pengnjur perhimpunan bersih 2.0 (perhimpunan haram) yang akan di adakan pada 9. julai 2011,
ini perlu sebagai pengajaran kepada mereka yang sengaja menghuru hara kan keamanan negara, Malaysia tidak memerlukan rakyat seperti ambiga, lantaran itu kerajaan wajar bertindak tegas terhadap ambiga dan sesiapa sahaja yang jadi perngkhianat kepada negara.

TEPAT POLIS GUNA ORDINAN DARURAT.

Pehak polis telah mengunakan ordinan darurat dan ISA terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram, ini amat tepat dan wajar di lakukan bagi menjamin kesejahteraan Negara sentiasa di jaga, pehak polis tidak harus memilih bulu, tangkap sesiapa sahaja yang terlibat.