Wednesday, June 29, 2011

TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA.

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH buat pasukan bolasepak Malaysia kerana mengalahkan Taiwan dan perlawanan kelayakan piala dunia 2014, ini membuktikan bahawa Malaysia boleh dan tiada yang mustahil jika berusaha dan bersemangat tinggi, di harapakan pasukan bimbingan Dato Rajagopal lipat gandakan usaha untuk perlawan ke dua di taiwan pada hari ahad ini, kepada pemain kuatkan semangat dan iltizam untuk mempastikan pasukan Malaysia menang, rakyat meletakan harapan yang tinggi kepada anda, anda adalah wira bolasepak Negara masa kini.

PERHIMPUNAN HARAM APA MUSLIHATNYA.

BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan pada 9 julai ini, apa tujuan nya dan apa faedahnya? adakah ianya di adakan untuk mengatakan amalan di Negara ini tidak bersih? soalnya apa kah diri penganjur itu bersih? perhimpunan bukan cara yang molek untuk suarakan pandangan kepada kerajaan, ada saluran yang lebeh baik untuk membina permerintahan yang berhemah, perhimpunan haram ini tidak menguntungkan sesiapa malahan ianya akan merugikan Negara, justeru itu perhimpunan seperti ini tidak langsung memberi faedah kepada Negara malahan ianya memburukan Negara di mata dunia, apakan ini yang di kehendaki oleh pehak-pehak tertentu? justeru ini pehak berkuasa disarankan agar mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pehak penganjur.

Sunday, June 26, 2011

KENAPA MESIN JUDI MASIH BERLELUASA DI BANDAR KUANTAN.

Adalah di dapati masih banyak mesin-mesin judi yang mengunakan lesen ciber beroperasi dibandar kuantan, ini amat mendukacitakan, pehak berkuasa seperti menutup mata terhadap kegiatan ini, ini tidak seharusnya berlaku kerana ianya bertentangan dengan hukum Islam, kenapa pehak berkuasa tidak mengambil tindakan keatas pengusaha judi ini? apa sebenarnya yang berlaku, adalah mereka pehak berkuasa tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu? atau ada udang di sebalik batu? hanya mereka saja yang tahu, walaubagaimana pun di harapkan pehak berkuasa lebeh serius dalam menangani gejala ini, jangan biarkan mereka mengaut keuntungan dengan melanggar undang-undang yang sedia ada, kepada pehak berkuasa rajun-rajin lah turun padang, jangan lah duk buat roadblok di jalanan untuk mencari kesalahan lalulintas sahaja.

HIMPUNAN BERSIH YANG TIDAK BERSIH.

Bersih 2.0 di jangkan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 julai 2011, tujuan perhimpunan ini di adakan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong, walaubagaimana pun adalah di lihat perhimpunan ini adalah kerja-kerja jahat yang bermotifkan politik pembangkang, ianya banyak bertujuan untuk memburukan imej Malaysia di mata pelancung asing, mereka yang terlibat terutama ketua penganjurnya Dato Ambiga seharusnya berfikir dengan mengunakan otak dan bukan mengunakan otak, Malaysia sebuah negara yang aman dan damai kenapa mesti di kerohkan keamanan ini demi politik sempit mereka, justeru itu pehak berwajib wajar mengambil tindakan yang tegas untuk menghalang perhimpunan ini dari di teruskan, ISA adalah tempat yang paling sesuai untuk mereka sebagai hukuman terhadap kebiadapan mereka, kerajaan khas KDN wajar bertndak tegas demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,
jangan biarkan mereka yang biadap ini bermaharaja lela di bumi Malaysia ini.

MESYUARAT AGONG UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTA.

UMNO bahagian telah mengadakan persidangan tahunan nya kali yang ke 8 pada 26 jun 2011, bertempat di Wisma Belia Indera Mahkota Kuantan, perasmiannya di laksanakan oleh YB Tan Sri Mohd Isa Bin Samad, Pengerusi Felda, persidangan berjalan dengan baik dan harmoni, tujuh orang perwakilan telah terpilih daripada 16 yang bertanding, mereka yang menang sebagai perwakilan ialah:- En Abd Rahman Mohd, En Ngah Ismail, En Azmarul Adha Ab Aziz, En Yusri Yusof, Puan Esfarani, Puan Maimon Kahar dan En Solamon Ali Rizal, persidangan tamat jam 7.00 malam.

Wednesday, June 22, 2011

MELAYU JANGAN HILANG ARAH.

Melayu jangan hilang arah kerana nafsu amarah, nafsu amarah yang tidak menentu tanpa mengunakan akal fikiran yang matang akan menyebabkan melayu kecundang, Melayu jangan cepat melatah dalam membuat andaian terhadap kerajaan Malaysia, Melayu perlu ingat bangsa Melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan dan ekonomi, jangan Melayu di jadikan hamba kerakusan nafsu gila kuasa kepada kelompok tertentu, ingatlah Melayu jangan sampai bangsa mu akhirnya melukut di tepi gantang, berdagang di bumi sendiri, Melayu cuma masih ada kuasa dan jangan sampai Melayu hilang kuasa, buruk lah dan padahlah jawapannya, ingatlah dan insaflah wahai bangsa ku, jadi lah bangsa yang bermaruah dan berhemah, gunalah akal kurnian Allah, jangan guna otak, ingat lah akal di kurniakan Allah hanya untuk manusia tapi otak Allah kurniakan kepada BINATANG jua, jangan jadi seperti BINATANG.

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA.

Kedai rakyat 1malaysia merupakan satu lagi usaha kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah, ini jelas membuktikan bahawa kerajaan perihatin dengan masalah rakyat yang berpendapatan rendah, sejajar dengan slogan Gagasan 1Malaysia yang di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, ini dapat memberi keselesaan kepada rakyat yang mana harga barangan di jual dengan harga yang lebeh rendah dan berpatutan tapi kualiti nya tetap sama dengan barangan di pasaran.

Tuesday, June 21, 2011

JUDI MESIN SLOT MASIH BERLELUASA DI KUANTAN.

Mesin judi slot yang berlesenkan internet masih beroperasi secara berleluasa dan terang-terangan di bandar kuantan, kenapa ini harus terjadi? apa kah ada udang di sebalik batu atau pehak berkuasa terlepas pandang atau tiada lapuran dari orang ramai? ini persaolan yang berlegar di minda masyarakat, kepada pehak berkuasa jangan lah kuman di seberang laut kamu nampak tapi gajah di depan mata kamu buat-buat tak nampak, rakyat nampak dan tahu apa yang berlaku, cuma rakyat tak nak hebuhkan sahaja, jangan lah bersikap hepokrit dalam masalah ini, yang salah tetap salah dan WAJIB di ambil tindakan, gunalah cara penyiasatan jangan lah hanya nanti repot orang awam, perbagai cara pehak berwajib boleh siasat, salah satu daripada nya dengan menyamar jadi pemain di permis-permis tertentu, seperti mana yang di lakukan oleh pehak polis KL, hasil nya mereka berjaya heret pesalah ke muka pangadilan, jangan lah hal kesalahan lalulintas yang kecil di ambil berat oleh pehak polis, siasat lah jangan tak siasat ye babak polisi kuantan, jangan sampai nanti orang ramai kata pehak polis ada makanan tambahan dengan pehak pengusaha pusat judi tersebut, nanti kata orang buat pifnah pulak.

BAYAR BONUS KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN.

Kerajaan di sarankan agar menimbang untuk membayar bonus kepada kakitangan kerajaan untuk tahun 2011 ini, ini penting untuk mereka di samping tanda terima kasih kerajaan kepada mereka, dengan demikian dapat lah meregankan bebanan mereka untuk sesi persekolahan tahun hadapan, seperti mana yang kita semua maklum kos sara hidup kini meningkat mendadak, tiada sebab kenapa kerjaan perlu berdolak dalih lagi tentang pembanyaran bonus kepada kakitangan kerajaan.....bayar jangan tak bayar jika nak menang besar PRU ke 13 lah.

JPJ TIDAK WAJAR SENARAI HITAM.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak wajar menyenarai hitam pesalah parking majlis perbandaran, ini akan menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan dan akan menyebabkan mereka menyokong pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan, sedang kan tindakan yang di buat melibatkan pehak JPJ, justeru itu kerajaan di sarankan agar tidak membenarkan JPJ menyenarai hitam kepada pesalah majlis perbandaran, JPJ jangan jadi kambing hitam kepada agensi lain seperti majlis perbandaran.

UMNO DAN BN KENA BERSIAP SIAGA HADAPI PRU KE 13.

Biar pun tarikh PRU ke 13 tidak di ketahui lagi namum UMNO dan BN sewajarnya telah bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi PRU ke 13, ini penting dalam mempastikan UMNO dan BN menang berganda pada PRU ke 13, semua peringkat UMNO dan BN harus bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk hadapi PRU ke 13, seharusnya tiada lagi masalah yang timbul dalam komponen BN, segala permasalahan yang ada harus di selesaikan dahulu sebelum PM membubar Parlimen, dalam erti kata lain PM membubar parlimen dan penuh yakin dan bersemangat, UMNO dan BN mesti memang berganda untuk terus berada di putrajaya mentadbir Malaysia yang tercinta, jangan sekali biar kan penderhaka bermaharaja lela, kerana mereka pengkhianat Negara.

AHLI UMNO DAN BN PERLU BERSATU.

Ahli UMNO dan BN perlu bersatu untuk hadapi PRU ke 13, segala sengketa yang melibatkan isu peribadi sewajar nya di singkirkan demi menpastikan BN terus di yakini rakyat, UMNO dan BN harus memperbagaikan program untuk membela rakyat tampa mengira kaum, ini penting demi keyakinan rakyat untuk terus memberi mandat kepada BN untuk terus memimpin dan memacu kemajuan Negara, jangan lagi ada gunting dalam lipatan, jangan adal lagi duri dalam daging seperti yang pernah berlaku satu ketika dulu, PRU 2008 harus di jadikan pengalaman yang berguna kepada ahli UMNO dan BN.

ISU LYNAS SEMAKIN REDA.

Isu Lynas yang satu ketika menjadi hangat kini agar semakin reda, kebanyakan orang ramai dah mula faham dengan isu ini, ini berlaku kerana usaha yang telah di buat oleh pehak-pehak yang berwajib dengan memberi penjelasan kepada orang ramai, justeru itu pehak kerajaan di sarankan agar tidak melayani kerenah daripada pehak pembangkang, pemabngkang cuba jadikan isu ini isu politik, sedangkan mereka tahu keadaan sebenar, oleh hal yang demikian kerajaan di sarankan agar meneruskan usaha membina kilang tersebut, adalah di yakini isu ini akan hilang di tiup angin sepoi bahasa dan pembangkang akan terkangkang.

GUNA ISA JIKA PERLU.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sarankan agar mengambil tindakan ISA kepada yang menganjur perhimpunan haram yang menganggu ketenteraman awam, KDN kena bertindak tegas dalam soal keselamatan Negara, dewasa ini ramai rakyat telah berani dengan terang mencabar kedaulatan undang-undang Negara, perkara ini tidak harus di biarkan, ianya akan menjadi barah yang akan merebak dari masa kesemasa, lantaran itu KDN sewajarnya bertindak tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang, di harap Menteri nya jangan lah jadi sekadar Menteri tapi takut untuk buat keputusan, jangan dah terantuk baru nak tengadah.

Monday, June 20, 2011

AHLI UMNO KENA BERSATU.

  1. Ahli UMNO di saran agar bersatu untuk hadapi PRU ke 13, seperti mana yang kita tahu bahawa kebanyakan ahli UMNO kini tidak menghayati erti perjuangan yang di perjuangkan olih UMNO, lihat sahaja perselisihan faham di kalangan kepimpinan UMNO di peringkat bahagian, seolah-olah ianya merupakan fenomina yang melanda kepimpinan UMNO, sedangkan 2008 sewaharnya di jadikan pengajaran untuk UMNO dan BN terus mengukuhkan perpaduan bagi merampas kembali kawasan-kawasan yang kita kalah, itu yang sewajarnya di perjuangkan olih UMNO, bukan berantakan sesama sendiri, apakah ahli UMNO ingin terus melihat BN berada di tahap sama atau semakin mengerudum? pikirkan lah wahai ahli UMNO.

KERAJAAN WAJAR KAJI KHIDMAT DAN CAJ ASTRO.

Kerajaan di sarankan kaji khidmat dan caj yang di kenakan olih Astro yang agar keterlaluan, parlimen telah pun membincangkan tentang Astro, justeru itu kerajaan sewajarnya segera tangani masalah ini untuk kepentingan rakyat, rakyat tidak menolak kemajuan tapi biarlah kemajuan tersebut setimpal dengan kepentingan rakyat, jangan kerana keuntungan rakyat menjadi korban.

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTA.

Mesyuarat UMNO bahagian Indera Mahkota akan diadakan pada 26 jun 2011 bertempat di dewan utama wisma belia Indera Mahkota Kuantan, akan di rasmikan olih YB Tan Sri Mohd Isa Samad pengerusi FELDA, diantara aturcara majlis adalah seperti berikut:- Bacaan doa, bacaan Ayat Suci Al Quran, Nyanyian lagu UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat, Ucapan Ketua UMNO Bahagian, Ucapan YB Tan sri Mohd Isa Samad dan penyampaian hadian dan cenderahati, jam 12.30 pendaftaran perwakilan dan mesyuarat bermula jam 2.00 petang, mesyuarat di jangkan akan menbawa 3 usul iaitu usul Agama, pendidikan dan keselamatan, juga akan di bincangkan tentang perlimen Indera Mahkota, yang mana UMNO akan tetap mahukan kerusi Parlimen Indera Mahkota kekal di tangan UMNO, mesyuarat di jangka hangat.

PEHAK PERLU AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP BERSH.

Bersih akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 julai ini, justeru itu pehak berkuasa perlu menganbil tindakan tegas terhadap usaha bodoh ini, perhimpunan yang nak di anjurkan adalah perhimpunan haram yang akan mengundang kekacauan serta memburukan negara di mata dunia, pehak berkuasa di sarankan agar menyekat usaha dangkal ini terutama kepada pengerusi penganjur, mereka sebenarnya telah mencabar kewibawaan kerajaan dan pehak berkuasa, adalah di harapkan agar pehak berkuasa segera ambil tindakan tegas termasuk kemgunakan ISA terhadap penganjur.

Monday, June 6, 2011

ANWAR IBRAHIM CUBA LENGAHKAN KES.

Perbicaraan tentang kes liwat Anwar Ibrahim tertangguh lagi hingga julai 2011, ini semua kerana rayuan beliau untuk singkir hakim di tolak mahkamah, ini adalah hasrat Anwar agar kes nya di tangguh dan di tangguh, hakikatnya beliau sudah tersepit dengan kes tersebut, beliau telah tahu bahawa beliau akan si sabitkan dengan kes liwat terhadap Saiful, apa lagi usaha yang di buat oleh beliau untuk melengahkan kes dari di bicarakan, beliau akan cari jalan untuk melengahkan perbicaraan, walaubagaimana pun beliau tidak akan lagi mampu mencipta ruang untuk melengahkan perbicaraan kes beliau, di harapkan julai ini kes beliau bersambung dan terus di buat keputusan, sama-sama lah kita doa kan agar kes beliau dapat di bicarakan dengan lancar dan di harap tiada lagi helah dari Anwar Ibrahim untuk melengahkan kes beliau dari di bicarakan dan mahkamah kan mengadili kes beliau dengan seadil-adil nya.

NEGARA BERKEBAJIKAN PERJUANGAN PAS KINI.

PAS telah mengubah hala tuju perjuangan mereka daripada perjuangkan Negara Islam kepada Negara berkebajikan, kenapa PAS ubah hala tuju dan konsep perjuangan mereka? apakah mereka takut kepada DAP dan PKR atau mereka jadi kambing hitam DAP dan PKR? ini lah persaolan yang timbul bila PAS mengubah konsep perjuangan mereka, apakah di lupa bahawa Negara berkebajikan tidak semestinya Negara Islam, kerana Negara yang di tadbir oleh orang bukan Islam pun memberi kebajikan kepada rakyat mereka, dan Malaysia telah lama mengamalkan Negara berkebajikan sejak merdeka lagi, apa kah PAS dangkal tentang kebajikan yang di lakukan oleh pemimpin Negara sejak dulu dan kini? PAS cuba mengalih pandangan masyarakat bukan Islam agar menyakini mereka, ini semua kerana mereka gimik PRU semata, jika ini lah hasrat dan niat PAS, yakin lah bahawa perjuangan mereka tidak mendapat keredaan Allah SWT, PAS cuma ingin kan kuasa sedang mereka tidak mampu berkuasa.

Sunday, June 5, 2011

PR BERMIMPI DI SIANG HARI.

PR (Pakatan Rakyat) sebenarnya bermimpi di siang hari untuk berada di putra jaya, mimpi mereka kerana mereka tidor tidak basuh kaki dan baca Bismillah, tiap hari mereka di buai mimpi untuk nerada di putra jaya, walhal mereka tahu mereka tidak mampu untuk melangkah walau setapak pun, tapi nafsu telah menguasai diri mereka hinggakan mereka di buai mimpi indah untuk ke putra jaya, dulu mereka lah yang nak lelong putra jaya jika meraka memerintah tapi kini mereka pula yang nak berpindah ke putra jaya, itu lah yang di katakan mereka bermimpi, tak malu kah mereka bercita-cita nak ke putra jaya sedangkan suatu ketika dulu mereka yang menentang keras pengujudan putra jaya, lu pikir lah sendiri wahai pemimpin PR.

PAS SANGGUP GADAI PERJUANGAN DEMI KUASA.

PAS sanggup mengadai perjuangan asalnya untuk menubuh Negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa, selama ini PAS yang konsisten memperjuangkan penubuhan Negara Islam, secara tiba-tiba PAS sanggup mengenepikan prinsipnya yang sebenar untuk menubuhkan Negara Islam seperti mana yang di laungkan dulu, kini demi menjaga hati rakan sekutunya DAP dan PKR, PAS sanggup mengubah dasar perjuangan nya kepada penubuhan Negara berkebajikan, ini semua di lakukan demi kuasa untuk ke putra jaya, sedangkan segalanya telah di laksanakan oleh UMNO dan BN, PAS sebenarnya sudah hilang hala tuju dalam perjuangan, mereka sudah di kuasai sepenuhnya oleh DAP dan PKR, pemimpin PAS sudah tiada taring dan gigi nya sudah banyak yang tercabut, dalam erti kata lain PAS sudah sediakan kain kapan untuk mengapankan jenazah perjuangan mereka.

MAD SABU MENANG BUKTI AHLI PAS TOLAK ULAMA.

Mad Sabu memang jawatan timbalan presiden PAS pada pemilihan PAS baru-baru ini, ini jelas bahawa ahli PAS sudah tilak ulama dalam PAS, mereka tahu Mad Sabu bukan lah berkelulusan Agama tapi mereka telah memilih Mad Sabu sebagai timbalan  presiden PAS, pada pandangan setengah pehak ahli PAS lebih mahukan pemimpin yang hebat megata orang daripada pemimpin yang berpandangan jauh seperti Timbalan Presiden yang sebelum ini, ini lah PAS yang sebenarnya, budaya DAP telah menular dalam PAS dan PAS kini adalah PAS yang tidak lagi berteraskan kepada perjuangan ISLAM.

Thursday, June 2, 2011

MENDAKAP CINTA PADA YANG ESA.

CINTA banyak pengertian dan haluan, cinta kepada kekasih, cinta kepada kedamaian, cinta kepada keindahan dan kecantikan, cintan kepada ibu bapa, cinta kepada manusia, itu semua adalah cinta, tapi cinta yang benar-benar hakiki ialah cinta kepada yang maha Esa, cinta yang membawa kepada keberkatan dan kebahagian di duni dan akhirat, cinta kepada yang Maha Esa adalah cinta yang berteras dan berlandaskan Iman dan Takwa, khusyuk dan tawaduk, suci dan murni dan tiada cinta yang semulia cinta kepada Yang Maha Esa.

MUNGKIN KAH MELAYU AKAN BERSATU.

UMNO pernah mengajak PAS bersatu dalam istilah perpaduan melayu, tapi di tolak oleh PAS kerana PAS mengatakan UMNO tolak Islam, wal hal Islam adalah Agama sedangkan PAS dan UMNO hanya parti, apakah orang PAS mengangap orang UMNO tidak mengamalkan Islam, lihat sahaja apa yang telah di buat oleh UMNO terhadap pembangunan Islamm segala yang di buat berlandaskan Islam, tapi kenapa PAS menyangkalkan hal tersebut? sebenarnya apa muslihat PAS? apakah mesti PAS jadi parti pemerintah baru Malaysia di katakan Negara Islam? Islam nya sesaorang itu bukan kerana dia ahli PAS, Islam nya sesaorang itu jika dia menjalankan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang di tegah Allah, jadi jangan lah terlalu mudah kita menuduh orang UMNO tidak Islam, Islam sebenarnya ialah amalan baik yang di lakukan dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah SWT.

PERPECAHAN MELAYU MENGUNDANG PADAH PADA MELAYU.

Sama ada melayu sedar atau tidak perpecahan melayu telah mengundang kemusnahan kepada melayu, lihat sahaja kaum lain sekarang, mereka sudah hilang hormat kepada melayu termasuklah geng BN sendiri, mereka menentang penbangunan yang di buat kerajaan, MCA Indera Mahkota dan Kuantan telah dengan terang-terangan menentang pembinaan LYNAS, kenan mereka menentang? melayu jawab lah sendiri.........

MELAYU DALAM SEDAR MASIH LEKA.

Melayu bangsa ku sebenarnya sedar bahawa melayu kini dalam perpecahan, tapi melayu bangsa ku masih leka dik kerana angan-angan untuk menjadi juara, melayu bangsa ku sanggup mentemplak melayu, sanggup menghina memaki dan mencela melayu bansga ku, semua ini kerana kuasa gila yang melekakan melayu bangsa ku, sampai bila kah melayu bangsa ku akan terus menghina melayu bangsa ku? apakah kuasa yang ada di tangan melayu bangsa ku kini tidak di nilai dan di hargai, kenapa melayu bangsa ku masih tidak bersyukur? apakah kerana melayu bangsa kun sudah hilang nilai-nilai murni yang sekian lama di pupuk dan di semai dalam jiwa melayu oleh ibu bapa kita yang terdahulu, tidak berasa bersalahkah kita bila melayu bangsa ku memecah belah kan perpaduan yang telah terpelihara sekian lama, kena melayu bangsa ku jadi sombong dan angkuh? apa kah kerana kuasa, harta dan tahta? sedar kah melayu bangsa ku berata jika kita terus berpecah melayu bangsa ku akan hilang segala yang sedia ada, apakah melayu bangsa ku tidak sedar atau sengaja buat-buat tak sedar? insaflah melayu bangsa ku dan jangan letakkan melayu bangsa ku di penjuru kebahgian dalam kesengsaraan.

GOLONGAN MUDA DI BERI PERHATIAN OLEH PM

PM telah memberi perhatian yang serius kepada generasi muda (belia) dengan pendekatan yang berhemah, generasi muda merupakan eset penting negara di masa akan datang, perbagai usaha di jalankan oleh kerajaan bagi membantu belia dalam membina kerjaya kehidupan, ini jelas membuktikan bahawa kerajaan amat perihatin dengan beliau, seharusnya para belia membuka minda mereka untuk terus menyakini kerajaan dengan melangsungkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan BN, belia harus jangan mudah terpengaruh dengan dakyah dan tipu muslihat pembangkang yang cuma mencari undi untuk kepentingan politik mereka, perjuangan pembangkang tiada kesudahan dan cuma igauan, belia jangan terpedaya dengan janji manis pembangkang.