Wednesday, December 28, 2011

PERHIMPUNAN SELAMAT KAN ANWAR IBRAHIM

Tanggal 09.Januari 2012 akan diadakan satu perhimpunan haram besar-besaran bertujuan untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, di mana pada hari tersebut Anwar Ibrahim akan di jatuhkan hukuman diatas kesalahan meliwat, lantaran itu lah puak-puak PKR dan geng sekutunya akan mengadakan perhimpunan haram secara besar-besaran bagi mendesak kerajaan membebaskan Anwar Ibrahim yang kini telah di angap oleh puak-puak mereka sebagai Imam Mahdi, soalnya kenapa di seretkan sama rakyat jelata diatas kesalahan yang telah di lakukan oleh pemimpin mereka? berani buat berani lah tanggung dan terima lah akibat dari perbuatan anda, pembalasan yang akan diterima oleh Anwar Ibrahim adalah kerana kesalahan beliau sendiri, beliau yang melakukan perkara jijik dan kenapa nak berdolak dalih dalam soal ini, mahkamah telah tentukan kesalahan setelah berlakunya proses perbicaraan yang adil terhadap beliau, lantaran itu kepada rakyat Malaysia yang berakal janganlah menafikan keputusan mahkamah, hakim tidak akan jatuhkan hukuman sebelum perbicaraan di jalankan, keadilan telah di buat seadil nyam kenapa nak pertikai keputusan mahkamah, terima lah ketentuan Allah.

Wednesday, December 21, 2011

AHLI PAS WAJAR IKUT PANDANGAN HASAN ALI

Dr Hassan Ali bekas pesuruhjaya PAS selangor telah mengatakan bahawa PAs telah tersasar dari landasan perjuangan asal mereka, dimana dasar memperjuangkan sebuah negara Islam telah di tukar kepada perjuangan negara berkebajikan, bagi Dr Hassan ini sudah menyimpang dari tujuan penubuhan asal PAS, beliau telah menegur secara terbuka terhadap kepincangan perjuangan PAS sekarang, bagi beliau perjuangan PAS sekarang di pengaruhi oleh DAP dan PKR, beliau sangat kecewa dengan dasar PAS sekarang, ini yang telah membuatkan beliau secara terbuka mengkritik perjuangan PAS, walau pun beliau di tempelak oleh sebahagian besar pemimpin kanan PAS, bagi Dr Hassan beliau akan terus mengkritik PAS selagi PAS tidak kembali ke perjuangan asal, orang seperti Dr Hassan yang punyai pendirian dalam perjuangan untuk Agama, bangsa dan negara akan terus memperjuangkan agenda untuk mempastikan Agama Islam terus unggul di bumi Malaysia, beliau akan terus menegur dan mengkritik kepimpinan PAS demi perjuangan yang di bawa, kepada para ahli PAS berfikirlah anda sematang-matang nya dan jangan anda jadi alat tunggangan DAP.

Tuesday, December 20, 2011

UMNO DAN BN KENA BERSATU.

Ahli UMNO dan ahli komponen BN wajar bersatu untuk mempastikan BN menang 2/3 dalam PRU ke 13 nanti, sikap tidak suka pada calun harus di buang demi kemenangan BN, tampa bersatu BN tidak mampu menang 2/3 mejoriti dalam PRU ke 13 nanti, ahli UMNO dan BN sewajar mengikiskan sikap pentingkan diri dan seharusnya mementingkan kepentingan parti, jika sikap ini di praktikan dalam PRU ke 13 nanti, yakinlah BN akan mampu mengalahkan pembangkang dengan lebih besar, hentikan memburuk ahli sendiri malahan ahli UMNO dan BN seharusnya menumpukan kepada perpaduan demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam menghadapi persaingan getir dari pembangkang, ahli UMNO dan BN harus ingat pembangkang sedang menanguk di air keruh, kejayaan BN terletak di bahu ahli UMNO dan BN.

Monday, December 19, 2011

PR TIDAK SELALU TIDAK SEPAKAT

PR tidak selalu sepakat dalam menentukan hala tuju perjuangan mereka, biarpun tujuan mereka bersatu dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan BN namun mereka berbeda dari segi hala tuju, lihat saja perjuangan PKR yang berjuang untuk menyelamatkan seorang individu yang di angap mereka pemimpin yang baik, mana kala PAS pula yang dulunya memperjuangkan Islam dan pembentukan negara Islam terpaksa merubah hala tuju misi perjuangan mereka kepada negara kebajikan, DAP pula tetap dengan agenda mereka membawa misi kominis, walaupun mereka bergabung dalam sebuah ikatan yang di namakan Pakatan Rakyat, namun hala tuju mereka tetap berlainan, jika hala tuju sudah berlainan bagaimana jika mereka menjadi kerajaan, apa akan jadi dengan Negara Malaysia nanti, apakah mereka mampu memacu negara menjadi lebih baik dari BN? hal ini seharusnya di fikirkan oleh seluruh rakyat jelata, agar negara kita tidak di pimpin oleh kumpulan yang bercelaru hala tuju perjuangan, hancur negara hancur lah bangsa, musnah lah agama dan leburlah nusa, mahukan kita melihat negara yang kita cinta ini menjadi huru hara dik kerana tamak kan kuasa.

YB YANG KURANG KONSISTEN WAJAR DI GUGURKAN

Pucuk pimpinan UMNO dan BN wajar mengugurkan YB yang kurang konsisten dan sudah tidak di senangi rakyat, ini penting bagi mencapai kejayaan buat UMNO dan BN, kepimpinan tertinggi UMNO dan BN seharusnya peka bahawa pengundi hari ini sudah matang dan terlalu matang, mereka bukan mahu lihat lagi apa yang kerajaan buat, sebaliknya mereka melihat kepada siapa calun yang bertanding, bagi mereka calun yang mesra rakyat pastinya akan menjadi pilihan mereka, soal parti bukan lagi jadi pilihan mereka, bagi mereka kerajaan mana pun memerintah mereka tetap seperti mereka juga, lantaran itu lah kepimpinan tertinggi BN wajar membuat pilihan tepat bagi menentukan siapa yang bertanding dalam PRU ke 13, seperti mana yang di war-warkan bahawa PRU ke 13 merupakan PRU yang paling sengit yang akan di hadapi oleh BN, perpecahan melayu amat ketara dan sudah tidak mampu di bendung lagi, melayu sudah hilang nilai hormat kepada bangsa nya, Islam sudah di politikan demi kuasa, ini lah fenomina yang melanda negara selepas PRU ke 12, oleh hal yang demikian pucuk pimpinan BN seharusnya membuat pilihan berasaskan kepada kehendak rakyat, jangan sesekali calun di pilih berasaskan kepada kawan, rakan dan sahabat serta kroni atau pengaruh lain, yang pasti BN mampu menang 2/3 seandainya calun-calun yang di pilih adalah calun yang di senangi rakyat.

Sunday, December 18, 2011

ANWAR IBRAHIM MENIPU LAGI.

Anwar Ibrahim memang terkenal dengan penipu, pembohong dan kaki temberang, terbaru beliau mengatakan Tun Dr Mahadhir telah menandatangani surat untuk pinjam duit dari IMF, sedangkan ramai yang mengetahui bahawa beliau lah dalang IMF, tapi oleh kerana beliau memang kaki penipu maka beliau sangup menipu dan terus menipu rakyat, Tun Dr Mahadhir mencabar anwar lakukan sumpah laknat di masjid, tapi sudah menjadi resam anwar ibrahim yang penipu takkan mahu melakukan sumpah laknat seperti mana yang di minta oleh Tun Dr Mahadhir, kejelikan anwar ibrahim amat ketara, tetapi kenapa masih ramai rakyat yang sanggup mengikut telunjuk pembohong tegar seperti anwar ibrahim?

Thursday, December 15, 2011

PAS SEMAKIN TENAT.

PAS semakin hari semakin bercelalu dan semakin tenat, semenjak mad sabu menang timbalan presiden PAS keburukan PAS semakin terserlah, banyak isu yang di bangkitkan oleh mad sabu menbuatkan ramai kalangan ahli nya meluat dengan perjuangan PAS, lantaran itu UMNO dan BN sewajarnya mengambil ruang dan peluang ini bagi memperhebatkan gerakan bersepadu dalam mematahkan segala tohmahan dan dakyah PAS dan pembangkang, sekiranya UMNO dan BN terus-terusan turun padang dan bagi penerangan kepada rakyat, sudah pastilah rakyat semakin faham dan akan menyokong BN dalam PRU ke 13 nanti, tapi kenapa kepimpinan UMNO dan BN masih di takuk lama?

Wednesday, December 14, 2011

BN DAH MULA DAPAT KEMBALI SOKONGAN RAKYAT.

Tinjauan dibuat kepada orang ramai dan didapati BN sudah kembali diterima orang ramai, keadaan ini berlaku bila mana kesungguhan kerajaan BN membuat tranfomarsi keatas perbagai sistem, seperti sistem pentadbiran, kewangan, pendidikan dan perpaduan, ini amat mengusarkan PR yang semakin hari semakin hilang pengaruh dikalangan masyarakat, rakyat sudah mula sedar bahawa segala yang diwar-warkan oleh PR hanya gimik politik untuk mencari pengaruh, walhal apa yang sebenar berlaku tidaklah seperti mana yang mereka perkatakan, pembohongan demi pembohongan telah terbongkar yang dilakukan oleh PR, cuma mereka yang dangkal politik dan perpaduan sahaja yang masih menyokong PR, kebelakangan ini sudah ramai rakyat yang menolak mad sabu untuk menyampaikan ceramah, bagi mereka mad sabu adalah kominis zaman moden, beritu juga dengan pemimpin PR yang lain mereka adalah perampok perpaduan dan kemakmuran sejagat, justeru itu BN perlu lebeh tingkatkan usaha membantu rakyat yang memerlukan, kalangan pemimpin wajar pantau egensi kerajaan agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh didikasi dan bersistem matik, sejajar dengan gagasan 1 Malaysia rakyat didahulukan mencapaian diutamakan.

Tuesday, December 13, 2011

PECAT KEAHLIAN KETUA PEMUDA MCA INDERA MAHKOTA

Jawatankuasa disiplin MCA pusat wajar pecat keahlian David Choi ketua pemuda MCA bahagian Indera Mahkota yang telah menimbulkan kontravesi berkaitan dengan bantahan secara terbuka terhadap pemilihan YB Dato Phang Tsu Meng sebagai calun dalam PRU ke 13 nanti, kenyataan secara terbuka ini tidak seharusnya dibuat kerana ianya boleh menimbulkan pesepsi buruk terhadap sokongan BN dalam PRU ke 13 nanti, masalah dalaman parti sewajarnya diselesaikan dimeja rundingan dan bukannya dimedia masa seperti yang dilakukan oleh ketua pemuda MCA bahagian Indera Mahkota, justeru itu MCA wajar ambil tindakan tegas terhadap beliau dengan memecat beliau daripada terus menjadi ahli MCA, sudah banyak kali beliau melakukan perkara yang bertentangan dengan dasar BN, beliau juga merupakan orang kuat yang menentang projek lynas digebeng, sepatutnya beliau selaku ketua pemuda MCA menyokong segala program yang nak dilaksanakan oleh BN, tapi beliau melakukan sebaliknya, pecat keahlian adalah hukuman yang paling wajar dikenakan kepada beliau, apa guna beliau jadi ahli komponen BN sedangkan jiwa sebenarnya adalah pennentang dan pengkhianat kepada MCA dan BN.

Thursday, December 8, 2011

NIK AZIZ NAK BERTANDING LAGI.

Nik Aziz berkata beliau akan tetap bertanding dalam PRU ke 13, katanya nak lawan UMNO dan BN, pada hemat saya beliau bukan saja nak lawan UMNO dan BN tetapi yang lebeh penting beliau nak berkuasa hingga ke nafas yang terakhir, itu lah orang jenis nik aziz ni bila dah dapat kuasa dia jadi riak dan takbur, orang jenis ni takkan undur selagi terdaya, walaupun hakikatnya beliau sudah tidak layak, tapi nafsu beliau untuk berkuasa masih membuak dalam jiwa nya, dalam ertikata lain beliau tak sedar diri, dulu dia kata kat Tun Mahathir dah tua wajar undur, Tun dan pun undur dari jawatan PM, tapi nik aziz masih nak bertanding lagi tak mahu undur, apa ni kata ke dulang paku serpih kata ke orang dia yang lebeh.

Tuesday, December 6, 2011

TERPESONG SUDAH AKIDAH AHLI PAS.

Kebelakangan ini terlalu jauh sudah terpesongnya akidah ahli PAS bila mana ada diantara ahlinya telah menyamakan nik aziz dengan nabi, kenyataan ini telah dibuat oleh salah seorang penceramah mereka iaitu Ustaz budak (Shamsul Zaman Sukri), ini merupakan kenyataan yang menyesatkan akidah umat Islam terutama ahli PAS yang melaungkan perjuangan Islam, apa dah jadi dengan anutan Islam PAS? sahingga bergitu tabsub sekali dengan menyamakan nik aziz sebagai Nabi? apakah mereka ini sudah rosak otak atau otak mereka telah diterbalikkan oleh syaitan yang menyesatkan? wahai ahli PAS sekelian bertaubatlah kamu sebelum kamu dijemput Illahi, jangan nanti kamu mati dalam kekufuran, ingatlah jangan kerana tabsub kita sanggup memesongkan akidah kita, ingat setiap apa yang kita ucapakan akan dipersoalkan diakhirat kelak, kepada nik aziz tolonglah perbetulkan akidah rakan-rakan kamu dalam PAS tu, jangan sampai nanti kamu tak boleh mengucap disaat malaikat maut datang menjemput.

Sunday, December 4, 2011

BENARKAH UMNO DAN BN SEMAKIN PADU

Persoalan yang sering bermain diminda kita benarkah UMNO dan BN semakin kuat dan padu? ini yang harus dirungkai oleh seluruh kepimpinan UMNO dan BN disegenap peringkat, jika dilihat suasana semasa keadaan ini belum lagi boleh dikatakan kuat dan padu, apa tidaknya rata-rata ahli UMNO dan BN masih bercerita secama sendiri bahawa mereka tidak puas hati dengan kepimpinan bahagian mereka, kalangan pemimpin mereka terlalu mementingkan diri dari kepentingan parti, yang sudah kaya semakin kaya, yang papa tidak terbela, ini adalah realiti yang seharusnya diperbaiki, kebanyakan pemimpin UMNO, wanita, pemuda dan puteri diperingkat bahagian tidak ada hala tuju dalam perjuangan mereka, mereka cuma tahu pegang jawatan tapi tidak tahu apa peranan yang harus dimainkan oleh mereka, mereka tidak turun padang meninjau masalah ahli dibawah, yang mereka tahu mencari kekayaan terutama kalangan pemimpin pemuda, ini saja yang mereka tahu, mereka pegang jawatan semata-mata untuk mengenbungkan perut mereka, tentang masalah akar umbi mereka tidak perduli, akibatnya ahli marah dan UMNO yang jadi mangsanya, kepada pemimpin tolonglah muhasabah diri anda, jika anda tak tahu buat kerja eloklah anda undur diri.

Thursday, December 1, 2011

KALAULAH BENAR IKHRAR PWTC 2011

Perwakilan dan ahli UMNO telah berikhrar akan berjuang habis-habisan untuk mempastikan BN menang besar dalam PRU ke 13, bergegar PWTC dengan laungan HIDUP UMNO oleh puluhan ribu ahli UMNO yang berhimpun di sana, soalnya apakah laungan tersebut merupakan laungan keinsafan atau laungan ikut-ikutan? apakah selepas perhimpunan tersebut mereka akan benar-benar komited untuk menang PRU ke 13? andai benar lah laungan yang dibuat merupakan laungan keinsafan, pasti BN akan menang melebihi 2/3 mejoriti, itu lah harapan Presiden kepada seluruh ahli UMNO, diharapkan seluruh pimpinan UMNO dan BN akan memegang kata-kata mereka akan berjuang bersungguh bagi mempastikan BN menang besar, tetapi boleh dipercayakah semua laungan tersebut? atau mereka akan kembali ke sejarah 2008 sabotaj calun BN bila mereka dan kumpulan mereka tidak terpilih jadi calun, diharapakan perkara sebegitu tidak berulang lagi.