Kepada wakil rakyat yang dah lama dan berumur serta wakil rakyat yang kurang komited wajar lah mencontohi tengku azlan yang mahu berundur dari bertanding PRU ke 13 nanti, ini lah satu contoh yang amat baik dikalangan ahli politik, sedar diri dah tak mampu jalankan tugas sebagai wakil rakyat yang semakin mencabar sekarang, kepada wakil-wakil rakyat yang dah lama dan berumur tu eloklah ikut jejak langkah Tengku Azlan berundur, bagi lah ruang dan peluang kepada muka-muka baru yang lebih komited, jangan lah sampai digugurkan pula, bila anda dari awal mahu berundur anda akan dipandang mulia disisi mayarakat, tapi sebaliknya bila anda di gugurkan anda mungkin dipandang serong oleh masyarakat.
Tuesday, March 6, 2012
Monday, March 5, 2012
KEMELUT POLITIK PAS KEDAH SEMAKIN MERUNCING.
PAS kedah bergolak....perdamaian yang diperolehi mereka bersifat sementara, tunggulah kemelut kali ke dua yang akan melanda kepimpinan mereka, ini semua angkara anwar ibrahim, beliau tidak mahu azizan terus jadi MB kedah kerana azizan menyokong AUKU, sedangkan anwar adalah dalang penghapusan AUKU, ini lah akibat dari kepingin sangat untuk menjadi PM, wal hal sikap beliau menampakan ketidak layak nya beliau menjadi PM, anwar bercita-cita besar dan sanggup mengadai maruah Agama, bangsa dan negara, beliau akan lakukan apa juga untuk mengapai cita-cita beliau, beliau tidak akan perduli apa yang terjadi terhadap negara asalkan dia dapat apa yang diimpikan, kepada seluruh rakyat Malaysia berhati-hati lah dengan gerakan anwar ibrahim, jangan biarkan beliau jadi PM, rosak Agama, musnah bangsa dan hancur negara, apakan kita mahu Agama, bangsa dan negara kita hancur kerana anwar? ingat lah kesusahan dan keringat nenek moyang kita membina negara bangsa yang bermaruah hingga negara kita di kenali seluruh dunia, ingat untuk membina negara bangsa memakan masa berpuluh tahun, tapi untuk meruntuhkan nya cuma makan masa satu hari sahaja, jangan kita terpengaruh dengan dakyah dan pembohongan anwar ibrahim, selamatkan malaysia dari kemusnahan angkara anwar ibrahim dan gerombolan nya.
Sunday, March 4, 2012
MAHFUZ KATA KBS TAJA DATO DR HASSAN ALI
Mahfuz omar kata KBS taja ceramah Dato Dr Hassan Ali, kenyataan yang diangap dangkal dan tandus idea serta kenyataan merapu, jelas bahawa puak-puak PAS sudah kepanasan dengan gerakan daripada Dato Dr Hassan Ali, apa tidaknya setiap kali Dato Dr Hassan Ali adakan ceramah, kehadiran melebihi 5000 orang, jika nak di bandingkan dengan ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PR termasuk Anwar Ibrahim, kehadiran semakin hari semakin sedikit, malah ada kalanya kehadiran tidak sampai seribu orang, ini bukti jelas dan nyata bahawa suara pembohongan puak-puak PR sudah tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat, malah para penyokong mereka sendiri pun dan mual dengan segala janji dan pembohongan mereka, ini yang membuatkan mereka merapu dan menuduh KBS menaja ceramah Dato Dr Hassan Ali, kepada puak-puak yang menyokong PR yang secara terang-terangan membohongi rakyat, agar tidak lagi bersekongkol dengan pembohong seperti PR ni, kembali lah ke BN yang sudah jelas membela rakyat sejak dulu lagi, mari lah kita sama memperbaiki akidah perjuangan kita agar tidak terus terpesong.
Wednesday, February 29, 2012
KATA KEDULANG PAKU SEREPIH.
Kata kedulang paku serepih kata keorang dia yang lebih, itu lah perumpamaan yang paling tepat ditujukan kepada PAS sekarang, bilamana mereka bersekongkol denga orang bukan Islam iaitu DAP, dulu pemimpin PAS kata orang UMNO kafir bila berkerjasama dengan MCA dan MIC, tapi kini terbalik dan mereka menjalinkan kerjasama dengan DAP malah mereka sanggup jadi balaci DAP, dan kini yang lebih gila lagi bila mana ada dikalangan pemimpin mereka yang berkata, PAS bersedia terima orang bukan Islam jadi pemimpin mereka, wah ini sudah terlalu maju perjuangan PAS sahingga melupakan tunjang kepada perjuangan mereka yang sebenar, apakah kerana kuasa mereka sanggup mengadai maruah perjuangan mereka, ini lah akibatnya bilamana pemimpin mereka yang dipilih terdiri daripada para ulamak duniawi, sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa, gila kah mereka kerana nak kan kuasa?
Wednesday, February 22, 2012
TIDAK SAMAN WSJ BUKTI ANWAR SOKONG ISRAEL.
Anwar Ibrahim tidak akan saman WSJ adalah bukti beliau sememang menyokong Israel, beliau tidak akan saman WSJ kerana beliau takut hilang sokongan saripada Israel, sokongan yang beliau peroleh dari Israel merupakan sokongan yang tidak berbelah bagi, seandainya beliau saman WSJ pastinya kedudukan beliau semakin terancam dan sudah pasti tidak akan mendapat sokongan daripada Israel, bagi Anwar sokongan Israel mengatasi segala nya, beliau sanggup membelakangkan Agama demi sokongan Israel untuk menempatkan beliau sebagai PM Malaysia, kerana kuasa beliau sanggup mengadai maruah Agama, Bangsa dan Negara.
Monday, February 20, 2012
JANGAN TERPENGARUH DENGAN JANJI PR.
Rakyat Malaysia yang cintakan perdamaian dan perpaduan agar tidak terpengaruh dengan janji-janji manis pemimpin pakatan rakyat, mereka cuma pandai berjanji semata-mata untuk meraih sokongan pengundi, wal hal mereka tidak mampu melakukan perubahan dinegeri-negeri yang mereka perintah, lihat sahaja apa yang mereka buat dinegeri yang mereka perintah, seandainya tiada bantuan dari kerajaan pusat pastinya rakyat mereka banyak mati kelaparan terutama dinegeri kelantan yang terkenal dengan kemunduran dari segi kehidupan, ini lah yang dikatakan pemimpin mereka yang nak hapuskan segala cukai dan menambah subsidi kepada barang keperluan, bagaimana mereka nak bangunkan negara ini andainya kerajaan tidak punyai dana yang cukup? lantaran itu kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran agar tidak menerima apa juga janji yang dibuat oleh pemimpin mereka terutama nya Anwar Ibrahim, andai nya beliau jadi PM dah tentu lah beliau akan membantu Israel negara yang menindah palastin (Islam)...........bayangkan jika itu yang dilakukan.
Wednesday, February 8, 2012
KEBANYAKAN MASYARAKAT CINA TIDAK SOKONG BN
Tinjuan dibuat terhadap masyarakat cina berkaitan dengan sokongan mereka terhadap BN, rata-rata yang ditemui menyatakan tidak berminat dengan BN, terutamanya kalangan pengundi muda mereka, alasan mereka untuk tidak menyokong BN, kerana BN lebih mengutamakan orang melayu dari lain-lain bangsa, mereka yakin dengan DAP kerana perjuangan DAP berteraskan kepada bangsa mereka, jelas membuktikan bahawa masyarakat cina terlalu kuat dengan sikap perkauman, ini lah fenomina yang sedang dihadapi BN terutama tentang sokongan cina, bagi mereka MCA tidak memperjuangkan bangsa mereka, MCA diangap mengikut sahaja cakap UMNO, pesepsi ini seharusnya diperbetulkan olih kepimpinan MCA disegenap peringkat, apa yang telah BN lakukan adalah menyeluruh kepada semua kaum di negara ini, lihat sahaja apa yang dinikmati olih bangsa cina, mereka merupakan golongan yang berpendapatan tinggi, perniagaan mereka tidak langsung diganggu gugat olih bangsa lain, ini bukti jelas bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang adil kepada semua kaum, apa lagi yang kaum cina nak di negara ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)