Monday, June 6, 2011

NEGARA BERKEBAJIKAN PERJUANGAN PAS KINI.

PAS telah mengubah hala tuju perjuangan mereka daripada perjuangkan Negara Islam kepada Negara berkebajikan, kenapa PAS ubah hala tuju dan konsep perjuangan mereka? apakah mereka takut kepada DAP dan PKR atau mereka jadi kambing hitam DAP dan PKR? ini lah persaolan yang timbul bila PAS mengubah konsep perjuangan mereka, apakah di lupa bahawa Negara berkebajikan tidak semestinya Negara Islam, kerana Negara yang di tadbir oleh orang bukan Islam pun memberi kebajikan kepada rakyat mereka, dan Malaysia telah lama mengamalkan Negara berkebajikan sejak merdeka lagi, apa kah PAS dangkal tentang kebajikan yang di lakukan oleh pemimpin Negara sejak dulu dan kini? PAS cuba mengalih pandangan masyarakat bukan Islam agar menyakini mereka, ini semua kerana mereka gimik PRU semata, jika ini lah hasrat dan niat PAS, yakin lah bahawa perjuangan mereka tidak mendapat keredaan Allah SWT, PAS cuma ingin kan kuasa sedang mereka tidak mampu berkuasa.

No comments:

Post a Comment