Tuesday, November 22, 2011

MUSNAH MELAYU KERANA MELAYU.

Jika kita kaji kenapa intitusi raja di negeri melaka hapus, ianya berpunca dari hasad dengki di kalangan orang melayu, melayu melaka lah yang menyebabkan runtuhnya lambang ketuan melayu di melaka, dan kini keadaan yang sama mungkin akan berulang di seluruh negara, kita lihat sekarang sikap segelintir melayu yang sanggup menjual maruah mereka kerana mengejar kuasa, sedangkan mereka tahu bahawa tampa perpaduan melayu satu masa nanti akan berdagang di negeri sendiri, apakah melayu tidak sedar perkara ini atau melayu sememang nya suka berantakan sesama melayu? melayu harus melihat pada diri sendiri apakah melayu sudah maju dalam erti kata sebenar? sejauh mana maju nya melayu di bumi malaysia? melayu oh melayu renungkan lah nasib anak bangsa mu di masa hadapan, apakah anak bangsa mu akan hidup seperti kamu atau anak bangsa mu akan merempat di bumi sendiri? sedar lah melayu bangsa lain ketawa melihat melayu bertelagah sesama sendiri, melayu semakin kerdil di bumi malaysia, insaf dan bertaubat lah wahai melayu, ayuh kembali lah bersatu demi maruah bangsa mu, jangan sampai nanti bangsa mu di pijak dan di penyit oleh bangsa lain yang sebenarnya menanti saat itu.

No comments:

Post a Comment