Monday, December 19, 2011

YB YANG KURANG KONSISTEN WAJAR DI GUGURKAN

Pucuk pimpinan UMNO dan BN wajar mengugurkan YB yang kurang konsisten dan sudah tidak di senangi rakyat, ini penting bagi mencapai kejayaan buat UMNO dan BN, kepimpinan tertinggi UMNO dan BN seharusnya peka bahawa pengundi hari ini sudah matang dan terlalu matang, mereka bukan mahu lihat lagi apa yang kerajaan buat, sebaliknya mereka melihat kepada siapa calun yang bertanding, bagi mereka calun yang mesra rakyat pastinya akan menjadi pilihan mereka, soal parti bukan lagi jadi pilihan mereka, bagi mereka kerajaan mana pun memerintah mereka tetap seperti mereka juga, lantaran itu lah kepimpinan tertinggi BN wajar membuat pilihan tepat bagi menentukan siapa yang bertanding dalam PRU ke 13, seperti mana yang di war-warkan bahawa PRU ke 13 merupakan PRU yang paling sengit yang akan di hadapi oleh BN, perpecahan melayu amat ketara dan sudah tidak mampu di bendung lagi, melayu sudah hilang nilai hormat kepada bangsa nya, Islam sudah di politikan demi kuasa, ini lah fenomina yang melanda negara selepas PRU ke 12, oleh hal yang demikian pucuk pimpinan BN seharusnya membuat pilihan berasaskan kepada kehendak rakyat, jangan sesekali calun di pilih berasaskan kepada kawan, rakan dan sahabat serta kroni atau pengaruh lain, yang pasti BN mampu menang 2/3 seandainya calun-calun yang di pilih adalah calun yang di senangi rakyat.

No comments:

Post a Comment