Wednesday, January 11, 2012

HALA TUJU BANGSA KU.

Di malam nan shahdu aku termenggu memikirkan nasib bangsa ku, bangsa ku yang sering berantakan sesama sendiri, semakin hari semakin menjadi seolah hilang pedoman dalam kehidupan, kenapa ini terjadi? adakah kerana kuasa dan tahta maka bangsa ku perlu bercakaran dan bertelingkahan sesama sendiri? dulu bangsa ku tudak bergini, bangsa ku sering membantu antara satu sama lain, malah bangsa ku akan sama berduka seandai ada di kalangan bangsa ku yang berduka, tapi kini bangsa ku ketawa bila ada bangsa ku yang menderita, kenapa dan mengapa? apakah bangsa ku sudah hilang ikatan persaudaraan sesama bangsa? dulu bangsa ku sependapat dalam menuju mercu, tapi kini bangsa ku tidak lagi padu dalam memacu kemajuan bangsa ku, kenapa bangsa ku jadi bergitu? tidak lagi padu seperti dulu, ingat lah wahai bangsa ku tanpa berpadu bangsa ku tidak akan maju, akan mundar mandir lah bangsa ku mencari arah tuju, bagai mana bangsa ku untuk melangkah menuju Malaysia maju? apa kah bangsa ku sememang nya bergitu, akan berantakan bila sudah maju? hingga sanggup mengadai maruah mahligai shahdu yang di bena oleh bangsa ku? sedangkan bangsa ku bukan mudah membena  mahligai itu, jerek payah bangsa ku untuk menuju maju banyak yang menghantu, kini mahligai yang indah itu nak di robohkan sebegitu, kerana merebut tahta yang satu, kenapa bangsa ku tidak mahu menerima takdir dan waktu, kan segala nya telah di tentu Allah Yang Satu, di mana kalimah bangsa ku yang di gengam erat suatu masa dahulu, bersatu kita maju, berpecah kita layu, tak ingatkah wahai bangsa ku suatu masa dahulu bangsa ku tidak maju, ekonomi bangsa ku di catu, budaya bangsa ku di tiru, semberono sahaja mereka mempermainkan bangsa ku, mahu kah terulang kembali sejarah itu wahai bangsa ku? fikirkan lah wahai bangsa ku..

No comments:

Post a Comment