Monday, January 10, 2011

INGATLAH WAHAI BANGSAKU

Bangsaku bangsa bermaruah dan bangsaku bangsa berhemah, janganlah cemari maruah bangsa yang berhemah, siapa lagi yang akan menjaga bangsaku selain bangsaku? tapi kenapa bangsaku kini sudah tidak bermaruah dan berhemah? bangsaku bercakaran dan berantakkan sesama sendiri, apakah bangsaku sudah terpesung akidah dalam menyelesaikan masalah? kemana hilangnya nilai murni bangsaku yang selama ini terkenal megah? apakah kerana bangsaku sudah terpengaruh dengan fitnah dan dakyah? kenapa bangsaku sanggup memfitnah dan menyebarkan dakyah, apakan kerana kuasa bangsaku sanggup gadai maruah? wahai bangsaku sedar dan insaflah, bangsa lain ketawa berdekah-dekah melihat bangsaku bertelanggah, ayuh bangaku kita bersatu mengembalikan maruah, jangan lagi kita berlengah dan jangan biarkan bangsaku musnah, ingatlah pesan orang tua-tua "bersatu kita teguh bercerai kita roboh"

No comments:

Post a Comment