Thursday, January 13, 2011

PERGI NYA SEORANG SAHABAT.

Tanggal 13 januari 2011, bersamaan hari khamis lebeh kurang jam 10.30 malam, aku dikejutkan dengan berita permergian kau sahabatku, dikala itu aku bersama saudara wan ludin sedang menguruskan penginapan anak isterimu, disalah sebuah hotel di bandar kuantan, sesampai sahaja kami diperkarangan hotel penginapan, salah seorang anak mu menaklumkan pehak hospital telah menghubunginya minta datang ke hospital dengan segera, kami terus bergegas ke hospital dan dimaklumkan kau telah kembali kerahmatullah, dikala itu seluruh tubuhku terasa kaku, sebak dadaku menahan kesedihan bila tahu kepergian kau dijemput ILLAHI, tambah sebaknya aku bila melihat anak isteri mu meratapi permergian mu, mereka kehilangan orang tersayang, sama seperti aku kehilangan seorang sahabat yang baik yang dah lama ku kenal, aku sedaya menahan kesedihan dan sedaya mungkin menteteramkan anak isteri mu agar redha dan pasrah akan ketentuan ALLAH, Alhamdullillah mereka dapat terima kada dan kadar, pemergianmu amat ku rasai kerana kau adalah seorang sahabat yang baik, sejujurnya aku telah kehilangan seorang sahabat yang baik, aku panjatkan doa kehadrat ALLAH SWT, muga roh kau ditempatkan dalam golongan orang-orang yang solleh. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

No comments:

Post a Comment