Wednesday, January 26, 2011

TAKLIMAT DAN DAILOG PDRM DAN MPK DENGAN PENDUDUK.

Pada 25 januari 2011 jam 9.00 malam dan bertempat di tapak pasar malam taman impianku, UMNO Bahagian telah mengadakan program taklimat dan dailog diantara penduduk dengan pehak PDRM dan MPK, PDRM diwakili oleh SUPT Zulkifli Taha timbalan ketua polis kuantan, mana kala Encik Sobri setiausaha MPK mewakili MPK, turut hadir Dato Mohd Hazmi Yusof ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, seramai lebeh kurang 300 orang wakil penduduk hadir majlis tersebut, diantara perkara yang dibangkitkan oleh penduduk ialah, masalah harga sewa gerai MPK ditaman impianku, peserta mohon kadar sewa yang dikenakan sebanyak RM250 dikurangkan kepada RM150, alasan yang di berikan kerana gerai yang disediakan kecil dan tidak ramai pengunjung, walaubagaimana pun Encik Sobri setiausaha MPK telah menaklumkan bahawa pehak MPK telah bersetuju menurunkan kadar sewa dari RM250 kepada RM200, walau bagaimana pun peserta masih tidak bersetuju dan merayu kadar sewa di kurangkan kepada RM150, pehak MPK akan mengkaji semula permintaan tersebut, majlis berjalan lancar dan berakhir jam 11 malam.

No comments:

Post a Comment