Thursday, December 16, 2010

Anwar pandai memutar belit kenyataannya.





Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawa bukan Melayu, seperti penasihat DAP Lim Kit Siang, boleh dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.


Katanya, jika pemimpin Pakatan sepakat memilih Lim, yang merupakan pemimpin veteran pembangkang, untuk memegang jawatan tersebut, ia tiada menjadi masalah kepadanya.

"Ini akan menjadi keputusan pimpinan Pakatan. Yang saya tidak bersetuju ialah bagaimana isu ini dilaporkan oleh media yang dikuasai Umno, yang memberi gambaran seolah-olah saya pro-Cina.

"Saya ingin bertanya: Mengapa kita menafikan sebarang warga negara yang mempunyai kemampuan dan keupayaan, termasuk Lim, hanya 

kerana dia seorang Cina?

"Saya tidak boleh menerimanya. Juga, siapa kata kita mengetepikan PAS? Ada perjanjian antara kita. Mungkin (timbalan perdana menteri) boleh datang dari PAS atau Sabah dan Sarawak. Ia bergantung kepada keadaan," tambahnya.

Anwar memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

No comments:

Post a Comment