Wednesday, December 22, 2010

SENYUM DALAM TANGISAN..

Senyum dan tawa adalah tanda gembira, ada juga orang senyum dan ketawa tak tentu masa dan ketika, itu mungkin orang gila, ada kala senyum dan tawa di buat kerana terpaksa sebagai tanda dirinya tiada apa-apa, walhal hakikatnya jiwanya meronta kerana banyak sangat dosa yang dilakukannya, jiwanya tertekan dan menderita, tapi apakan daya demi kuasa yang dicita, dipendamkan segala duka lara, baginya kuasa sahaja yang dapat menutup segala perilaku durjananya, maka berbagai usaha dilakukan untuk mengapai impian yang belum tentu kesampaian, tipu daya dan adu dumba adalah biasa baginya untuk cipta kuasa, selagi kudrat masih ada dia takkan megalah walau rebah, perinsipnya alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, setelah melangkah takkan megalah, itulah hakikat bila senyum dalam tangisan.


No comments:

Post a Comment